KUALA LUMPUR: smart Malaysia mengumumkan permulaan penempahan untuk smart #1 sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) yang dipertingkatkan antara smart & Proton yang berlangsung di Nanning, China, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga berada di barisan hadapan untuk ketibaan jenama smart di rantau ASEAN, setelah smart Automobile mengumumkan majlis penyampaian kereta pertama untuk smart #1 di Malaysia.



Katanya, pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023 dengan 9 pengedar yang sudah bersiap sedia untuk menyambut mereka.

"Kami juga teruja untuk mengumumkan program manfaat #1 Early Bird, yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang merebut peluang ini untuk menjadi antara pemilik pertama smart #1.

"Sedang kami membuka jalan bagi pasaran EV di rantau ini, kami ingin menjemput anda semua bersama-sama menyertai kami dalam keseronokan perjalanan ke arah mobiliti pintar dan mampan," katanya dalam kenyataan media di sini.



Sementara itu, bakal pembeli kini boleh menempah smart #1 melalui Hello smart App dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula, untuk memulakan perjalanan kepada pemilikan kereta smart.



Dengan mengambil kesempatan tawaran ini, mereka bukan sahaja menjadi antara penerima pertama EV terbaharu, mereka juga akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello smart bagi 501 pelanggan pra-pesanan pertama.

Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan Brabus yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.



Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan, manakala model smart #1 Brabus ialah kereta super berprestasi tinggi menampilkan reka bentuk luaran menarik dan dalaman terang serta prestasi benar-benar melancarkan nadi elektrik.



Varian smart #1 Pro menampilkan roda aloi 19 inci seretan rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi. Ia dikuasakan oleh Bateri LFP 49 kWh, menyediakan jarak WLTP sejauh 315 km.

Varian smart #1 Premium pula menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NMC 66 kWh. Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, memberikan jarak WLTP sejauh 440km.

Varian smart #1 Brabus direka untuk peminat berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100 km/j selama 3.9 saat. Prestasi disampaikan oleh 315kW/543Nm Dual-motor All-Wheel-Drive powertrain, menawarkan pengendalian dan daya tarikan yang luar biasa. Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400 km.

smart #1 Pro boleh ditempah dengan warna luaran Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, dan Future Green. Selain lima warna asal, smart #1 Premium turut menawarkan Atom Grey – Matte dan Lumen Yellow.

Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan Brabus dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000. - DagangNews.com