KUALA LUMPUR: eMooVit Technology Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Yinson Green Technologies (M) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Rapid Bus Sdn. Bhd. untuk bekerjasama bagi program perintis operasi bas elektrik autonomi di Rapid BRT Sunway.
Kerjasama itu akan memanfaatkan kedudukan eMooVit sebagai pemaju khusus dalam kenderaan autonomi dan teknologi robotik serta kedudukan Rapid Bus sebagai pengendali bas terkemuka rangkaian pengangkutan awam Rapid KL di Lembah Klang.
Menerusi kerjasama itu, eMooVit menyasarkan untuk menyediakan bas elektrik autonomi dan sistem pengecasan casEV, sokongan teknikal, penyelenggaraan kenderaan dan sesi latihan untuk pekerja Rapid Bus; manakala Rapid Bus perlu menyediakan trek ujian selain kawasan bengkel serta sokongan operasi.
Ketua Pegawai Eksekutif eMooVit, Dr Hairi Zamzuri berharap dapat memperkenalkan kenderaan elektrik autonomi (AEV) kerana mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk potensi untuk mengurangkan pelepasan karbon, mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan kos pengangkutan serta tenaga.
"Persatuan Insurans Am Malaysia berkata, lebih daripada 80% kemalangan jalan raya di Malaysia berpunca daripada kecuaian.
Aspirasi kami adalah agar AEV mengehadkan kesilapan manusia," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Naib Presiden Kanan Elektromobiliti Yinson, Ruslin Tamsir berkata, kerajaan sebelum ini melancarkan Dasar Automotif Negara 2020 bertujuan mempertingkatkan industri automotif, melalui penyelidikan dan pembangunan terutamanya dalam bidang kenderaan generasi akan datang.
"Menerusi eMooVit, Yinson teruja untuk bekerjasama dengan salah satu pengendali bas terkemuka di Malaysia, Rapid, dalam memperkenalkan kenderaan generasi akan datang seperti bas elektrik autonomi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, menerusi projek bas elektronik autonomi pertama di Malaysia, Rapid Bus akan menjadi pengendali pengangkutan awam pertama yang memulakan projek perintis menggunakan teknologi itu.
"Pelaksanaan projek perintis ini akan memberi tumpuan kepada menilai kesan bas elektrik autonomi terhadap sistem pengangkutan bandar dari segi teknologi, sosial dan ekonomi," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Sep 28 2022
Menerusi kerjasama itu, eMooVit menyasarkan untuk menyediakan bas elektrik autonomi dan sistem pengecasan casEV, sokongan teknikal, penyelenggaraan kenderaan dan sesi latihan untuk pekerja Rapid Bus. -Dagang News
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
eMooVit, Rapid Bus bekerjasama dalam operasi percubaan bas elektrik berautonomi
Rapid Bus akan menjadi pengendali pengangkutan awam pertama yang memulakan projek perintis menggunakan teknologi itu.