KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan Nicole Shanahan, isteri kepada pengasas bersama Google, Sergey Brin.
Komen itu dibuat Musk selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa persahabatannya dengan Brin berakhir ekoran dakwaan hubungan sulit itu.
Menerusi komen balas kepada pautan laporan yang disiarkan di Twitter, Musk merujuk laporan itu sebagai "total bs".
Musk turut menegaskan bahawa dia masih berkawan dengan Brin dan mereka telah bersama dalam sebuah parti pada Ahad malam.
Memetik individu yang rapat berhubung isu itu, Wall Street Journal melaporkan bahawa Musk terlibat dalam hubungan sulit dengan Shanahan sejak lewat tahun lalu.
Ini mendorong Brin memfailkan perceraian pada awal tahun ini sekali gus menamatkan persahabatan yang lama terjalin antara dua jutawan teknologi berprofil tinggi itu, lapor akhbar itu.
"Saya hanya melihat Nicole dua kali dalam tiga tahun, kedua-dua kali dengan ramai orang lain di sekeliling. Tiada apa-apa yang romantis,” kata Musk menerusi Twitter beliau.
Ketika hubungan sulit yang didakwa berlaku pada Disember tahun lalu itu, Brin dan isterinya telah berpisah namun masih tinggal bersama, lapor Wall Street Journal sebagai memetik seseorang yang rapat dengan Shanahan.
Dalam tweet yang berasingan, Musk berkata "WSJ [Wall Street Journal] telah menjalankan begitu banyak BS hit pada saya dan Tesla saya tak boleh nak kira."
Walaupun mereka mempunyai perjanjian pra-pernikahan, Brin dan Shanahan kini sedang merundingkan penyelesaian perceraian yang boleh mencecah AS$1 bilion, kata akhbar itu.
Agensi
Mon Jul 25 2022
Elon Musk (kiri) menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan Nicole Shanahan (tengah), isteri kepada pengasas bersama Google, Sergey Brin (kanan). - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
Elon Musk ‘dicarut' isteri Presiden Brazil
Janja Lula da Silva cetus kontroversi apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap bilionair Elon Musk.
Trump mungkin rancang hadiri pelancaran SpaceX di Texas
Rancangan Trump itu memberi bayangan hubungan rapatnya dengan pengasas bilionair syarikat itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis.
Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat
Pengumuman dilakukan oleh Trump dengan DOGE akan menjadi lembaga penasihat luaran bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya
Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu.
xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion
xAI Dilaporkan Sedang Meraih Dana Pada Nilai Mencapai $40 Bilion Firma Kecerdasan Buatan Milik Elon Musk