Eksport Malaysia ke Thailand daripada Januari hingga Oktober tahun ini melonjak 16.4 peratus kepada RM41.91 bilion berbanding RM32.26 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Kaunselor Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Thailand, Norman Dzulkarnain Mohd Nasri berkata, produk elektrik dan elektronik adalah eksport terbesar Malaysia ke negara berkenaan dengan 32.8 peratus penguasaan pasaran dalam tempoh tersebut, diikuti petroleum mentah, (13.2 peratus).
Kimia dan produk kimia muncul sebagai eksport ketiga terbesar Malaysia ke Thailand dengan 10.6 peratus penguasaan pasaran manakala jentera, peralatan dan komponen menyumbang 6.1 peratus. pembuatan logam (4.8 peratus) dan diikuti sektor lain, katanya kepada Bernama baru-baru ini
Eksport Malaysia ke Thailand tahun lepas berjumlah RM44 bilion.
Norman Dzulkarnain ditemui selepas menghadiri sesi perangkaian untuk Go-Ex Misi Pelestarian Pasaran Barangan Pengguna Yang Pesat Berkembang di sini yang dirasmikan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia, Mohd Faizal Razali.
Sembilan syarikat Malaysia terbabit dalam program yang dianjurkan MATRADE tersebut.
Norman Dzulkarnain juga berkata, import Malaysia dari Thailand daripada Januari hingga Oktober 2017 meningkat kira-kira 15.7 peratus kepada RM39.92 bilion berbanding RM34.49 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Jumlah import Malaysia dari Thailand tahun lalu berjumlah RM42.3 bilion.
Menurutnya, jumlah dagangan antara kedua-dua negara jiran daripada Januari hingga Oktober tahun ini mencatat pertumbuhan 16 peratus, iaitu RM81.82 bilion berbanding RM70.51 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
Jumlah dagangan antara Malaysia dan Thailand tahun lepas ialah RM86.4 bilion, katanya.
"Imbangan perdagangan antara Malaysia dan Thailand berpihak kepada Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Thailand kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia selepas China, Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.
Menurutnya, perdagangan di sempadan juga menyumbang kepada pengukuhan eksport dan import antara kedua-dua negara.
Mengenai Go-Ex Misi Pelestarian Pasaran Barangan Pengguna Yang Pesat Berkembang, Norman Dzulkarnain berkata, acara itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan perniagaan dalam semangat Komuniti Ekonomi ASEAN.
Ia juga membantu syarikat Malaysia untuk terus berintegrasi dalam rangkaian global.
Program tersebut, katanya, adalah platform berkesan bagi memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai keperluan pasaran Thailand dalam sektor barangan pengguna yang pesat berkembang serta mempunyai peluang eksklusif untuk diperkenal secara langsung kepada syarikat negara berkenaan.
Dewan Perniagaan Malaysia-Thai turut terilbat dalam progam tersebut.-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017
Eksport Malaysia ke Thailand melonjak bagi tempoh 10 bulan 2017.- gambar hiasan
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.