Ekonomi Singapura kini menghadapi risiko kemelesetan teknikal cetek akibat prestasi ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan.
Memetik laporan Bloomberg hari ini, kemerosotan berkenaan berlaku selepas perang dagang Amerika Syarikat-China yang semakin memburuk memberi impak negatif terhadap ekonomi Singapura yang amat bergantung kepada sektor eksportnya.
Berdasar kajian Institut Kajian Maybank Kim Eng, sektor eksport dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak hanya 1.3 peratus manakala jangkaan kerajaan Singapura yang dibuat pada tahun lalu adalah antara 1.5 peratus dan 2.5 peratus.
Oleh kerana nilai eksport Singapura sekitar 200 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Republik berkenaan, dasar-dasar yang dapat dilaksanakan kerajaan Singapura bagi menaikkan kadar pertumbuhan tidak mampu menampung kesan negatif kemerosoton ekonomi global.
"Gangguan-gangguan yang dihadapi jaringan pembekal akan memburukkan lagi keadaan, terutamanya apabila sektor teknologi sangat terkesan daripada perang dagang antara AS dan China," pakar ekonomi Maybank, Chua Hak Bin dan Lee Ju Ye dilaporkan berkata.
Pertumbuhan aktiviti perdagangan telah mengalami kemerosotan pada tahun 2015, kemudian naik seketika sebelum jatuh kembali pada tahun ini lantas menimbulkan situasi ketidaktentuan yang amat tinggi dalam kalangan pelabur.
Menurut pakar ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan Chew Leong, perang dagang AS-China tersebut akan mengurangkan kadar pertumbuhan sektor eksport Malaysia sebanyak 1 hingga 2 peratus.
Noor Aiman Haziq
Thu Jun 27 2019

Menurut Maybank, ekonomi Singapura menghadapi risiko 'kemelesetan teknikal cetek' dalam suku ketiga tahun kewangan oleh kerana aktiviti perdagangan global semakin merosot.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.