KUALA LUMPUR: Jangkaan ekonomi Malaysia tumbuh antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada 2023 meleset apabila hanya merekodkan pertumbuhan sederhana pada kadar 3.7 peratus.
Pertumbuhan sederhana itu direkodkan selepas asas tinggi yang direkodkan pada 2023 iaitu 8.7 peratus, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada Ogos tahun lalu mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun 2023.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan keseluruhan 2023 dipacu oleh sektor perkhidmatan (5.3 peratus) diikuti oleh sektor pembinaan (6.1 peratus) dan pembuatan (0.7 peratus).
Sektor pembuatan bertumbuh pada kadar yang lebih perlahan iaitu 0.7 peratus (2022: 8.1 peratus) berikutan asas yang lebih tinggi pada tahun sebelumnya dan permintaan luaran global yang lemah.
"Dari segi permintaan dalam ekonomi, pertumbuhan dipacu oleh perbelanjaan penggunaan akhir swasta atau perbelanjaan isi rumah yang meningkat sebanyak 4.7 peratus, diikuti oleh pembentukan modal tetap kasar (PMTK) iaitu 5.5 peratus dan perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan (3.9 peratus).
"Sementara itu, eksport dan import masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 7.9 peratus dan 7.6 peratus, dengan eksport bersih mencatatkan penyusutan 11.3 peratus pada 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata prestasi ekonomi Malaysia itu adalah seiring dengan negara ASEAN lain yang menunjukkan pertumbuhan sederhana pada 2023 iaitu Singapura 1.1 peratus (2022: 3.8 peratus), Indonesia 5.1 peratus (2022: 5.3 peratus) dan Filipina 5.6 peratus (2022: 7.6 peratus).
Negara maju lain turut mencatatkan pertumbuhan sederhana seperti Korea Selatan 1.4 peratus (2022: 2.6 peratus) dan United Kingdom 0.1 peratus (2022: 4.3 peratus).
Bagaimanapun, China terus berkembang pada 5.2 peratus (2022: 3.0 peratus) dan Amerika Syarikat meningkat 2.5 peratus (2022: 1.9 peratus) pada 2023.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 16 2024
![Ekonomi Malaysia 2023 tumbuh 3.7 peratus, gagal capai sasaran 4.0 peratus Ekonomi Malaysia 2023 tumbuh 3.7 peratus, gagal capai sasaran 4.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708060413_WestportsPortKlang.jpg)
Sksport dan import masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 7.9 peratus dan 7.6 peratus. - Gambar hiasan
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish
Seorang bekas kontraktor dihukum penjara lima tahun kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daish dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Penggunaan data EO dorong tambahan US$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
![Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720415146_TBbnm.jpg)
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708752887_BURSAMALAYSIA.jpg)
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
![Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707798499_portfolio.jpg)
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
![Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702915740_DatukSeriZafrul.jpg)
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
![Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023 Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690187247_TBbnm.jpg)
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
![Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690168847_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
![Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690168693_Duitjutakela.jpg)
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
![Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688723413_anwar.jpg)
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
![Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687151146_Pelancaran.jpg)
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
![AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24 AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683627571_AirAsiaX.jpg)
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.