KUALA LUMPUR: Hampir 70 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan RM225 bilion Malaysia adalah dalam ekonomi digital, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Dalam wawancara oleh rangkaian berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), CNN, baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasakan kecerdasan buatan (AI) dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.
"Kami mempunyai kilang AI, itulah yang kami gelar pada masa ini bukannya pusat data, malah kami juga menerima lawatan daripada Nvidia Corporation, syarikat teknologi multinasional berpangkalan di AS, yang mengumumkan minat untuk meneroka Malaysia dengan syarikat lain untuk menyokong kemajuan AI.
"Ini kerana AI akan membawa peningkatan produktiviti," katanya.
Tengku Zafrul berkata terdapat kebimbangan secara umum mengenai kesan AI terhadap masyarakat, namun, tidak dapat dinafikan bahawa AI akan membawa kualiti hidup lebih baik dengan membolehkan semua jenis profesion melakukan kerja mereka dengan lebih cekap.
"Pekerjaan masa hadapan mungkin sangat berbeza memandangkan wujudnya kemajuan dalam teknologi, terutama AI generatif.
"Berasaskan AI, banyak fungsi kerja lain yang akan terlibat. Jadi, kita perlu memberi kemahiran baharu dan kemahiran tambahan (kepada pekerja) supaya bersedia untuk pekerjaan baharu pada masa hadapan," katanya.
Disember lepas, Nvidia menyatakan kesediaan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi AI dan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, termasuk membina sistem pengkomputeran awan AI Malaysia sendiri.
Mengenai cadangan beberapa bentuk kenaikan gaji minimum menyeluruh di semua negara ASEAN, Tengku Zafrul menekankan pentingnya untuk memastikan gaji meningkat.
"Jika anda melihat asas ekonomi Malaysia, inflasi kami berada pada tahap boleh urus. Kadar inflasi pada 2023 adalah kira-kira 2.5 peratus dan pengangguran terus rendah pada kira-kira 3.3 peratus.
"Berdasarkan asas-asas ini, kita mesti memastikan apa-apa kenaikan gaji adalah berkait dengan peningkatan produktiviti dan sebab itulah saya menekankan pelaburan dalam ekonomi hijau dan ekonomi digital kerana ia meningkatkan kekompleksan ekonomi sesebuah negara dan industrinya," katanya.
Tengku Zafrul berkata dua tahun lepas, Malaysia menaikkan gaji minimum dan pada masa kini sedang membincangkan konsep gaji progresif.
"Ini hanya boleh dicapai jika kita meningkatkan produktiviti. Jadi, gaji perlu dikaitkan dengan produktiviti jika tidak, syarikat akan mendapati sukar untuk melaksanakan kenaikan gaji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasa AI dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.

Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.

Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.