Pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini, melepasi sasaran 4.5 hingga 4.8 peratus yang ditetapkan, sekali lagi menyangkal kata-kata pembangkang bahawa kerajaan BN gagal dalam menguruskan ekonomi negara, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.
Selain itu, katanya peningkatan jumlah kehadiran pelancong asing ke negara ini pada tahun lepas, iaitu 27.8 juta orang, berbanding tahun sebelumnya iaitu 26.7 juta, turut membuktikan Malaysia masih stabil daripada segi ekonomi, dan politik, untuk terus menjadi destinasi pilihan untuk bercuti.
"Tahun ini dalam bulan pertama, suku tahun pertama, jumlah kehadiran pelancong asing kuncup sedikit tak silap saya, zero point something percent, tapi kita tak bimbang kerana unjuran kedatangan pelancong dari negara China, India, malah dari negara-negara Asean akan meningkat pada suku tahun kedua.
Beliau bercakap pada sesi Kepochi Vol 6 - Bicara Isu Semasa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, di sini malam ini.
Beliau menjawab soalan daripada hadirin mengenai persepsi bahawa Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN adalah gagal dan sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Dalam pada itu, Nazri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Anggota Parlimen Padang Rengas, turut menasihatkan rakyat agar lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang diperoleh daripada laman media sosial.
Beliau berkata pada masa ini, kebebasan menyebar maklumat sering disalahgunakan pihak-pihak tertentu, terutamanya pembangkang bagi memburuk-burukkan segala usaha serta imej kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional.
Dalam sesi, yang berlangsung hampir sejam itu, selain isu-isu berkaitan ekonomi, para hadirin turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan penerangan dari Nazri mengenai pelbagai isu semasa, termasuk yang berkaitan politik. - BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017
![Ekonomi berkembang, jumlah pelancong asing meningkat bukti Malaysia terus kukuh Ekonomi berkembang, jumlah pelancong asing meningkat bukti Malaysia terus kukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459861557_NazriAziz.jpg)
Nazri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Anggota Parlimen Padang Rengas, turut menasihatkan rakyat agar lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang diperoleh daripada laman media sosial.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
![BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692252114_jermanflag.jpg)
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.