Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan perlu mengguna pakai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk kekal berdaya saing dan sekurang-kurangnya 30 peratus PKS perlu berbuat demikian, kata Dell Malaysia.
Pengurus Besar Perniagaan Komersialnya KT Ong berkata amnya, 50 peratus PKS di negara maju mengguna pakai ICT sedangkan di Malaysia hanya sekitar 10 peratus.
"Terdapat lebih 600,000 PKS di Malaysia namun peratusan pemilik PKS yang menaruh kepercayaan terhadap ICT sangat kecil.
"Justeru, sudah cukup bagus kalau ada anjakan daripada 10 peratus itu kepada sekurang-kurangnya 30 peratus," katanya kepada Bernama di luar taklimat media bersempena pelancaran empat pelayan aras permulaan baharu, di sini hari ini.
Ong berkata ICT dapat membantu PKS dalam pelbagai bidang.
"Automasi dapat membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan, merendahkan kos pemasaran kerana menerusi ICT, PKS dapat menjangkau lebih banyak pengguna berbanding secara tradisional selain menaikkan jenama mereka," katanya.
Bagi menembusi pasaran PKS yang besar, beliau berkata selain menggunakan saluran media dan dalam talian, Dell Malaysia juga akan bekerjasama dengan pembekal perisian dan penyelesaian lain bagi memastikan aplikasi mereka beroperasi dengan baik menggunakan perkakasan Dell, sekali gus mengurangkan risiko kepada pengguna.
Pelayan baharu itu yang merupakan generasi ke-13, 'PowerEdge' yang dipertingkat, menyasarkan PKS di negara ini.
Ia direka bentuk untuk pertumbuhan pada masa depan serta membantu PKS mempercepat tempoh untuk pengeluaran, meningkatkan prestasi sekali gus memberi pulangan pelaburan yang lebih baik, kata Ketua Penyelesaian Perusahaan, William Tan semasa membentangkan produk itu.
Bernama
Wed Dec 16 2015

Dell Malaysia: 50 peratus PKS di negara maju mengguna pakai ICT sedangkan di Malaysia hanya sekitar 10 peratus. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dell Malaysia gesa sekurang-kurangnya 30 peratus PKS guna pakai ICT
PKS tempatan perlu mengguna pakai ICT untuk kekal berdaya saing dan sekurang-kurangnya 30 peratus PKS perlu berbuat demikian, kata Dell Malaysia