KUALA LUMPUR: Negara kuasa besar perlu bertanggungjawab dengan keputusan dasar yang memberi impak terutama kepada sektor ekonomi seluruh dunia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata walaupun dunia semakin pulih daripada kesan pandemik COVID-19, timbulnya pelbagai cabaran baharu yang telah mengakibatkan prospek ekonomi global yang bakal mengalami kemelesetan.
Beliau berkata isu seperti ketegangan geopolitik di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China yang berterusan, peperangan di Ukraine yang masih tiada kesudahan, ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau di beberapa negara yang telah menjejaskan bekalan makanan, serta dasar sifar COVID-19 di China terus mengganggu bekalan rantaian dunia.
"Faktor-faktor ini jelas sekali berada di luar kawalan kita. Kesemua faktor-faktor ini telah menyebabkan harga pelbagai jenis komoditi dan barangan asas melonjak, lantas meningkatkan kadar inflasi ke tahap yang tidak pernah dialami oleh kebanyakan negara dalam masa beberapa dekad," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan itu bagi mengulas mengenai pelbagai laporan, kebimbangan dan pertanyaan yang diajukan kepada Kementerian Kewangan, terutamanya berkait dengan kedudukan nilai mata wang ringgit dan perkembangan semasa ekonomi negara.
Beliau berkata kadar faedah terkini AS yang meningkat sehingga 3.25 peratus untuk mengawal inflasi negara itu, jauh lebih tinggi berbanding kadar dasar semalaman (OPR) 2.5 peratus di Malaysia turut menyebabkan ringgit menyusut sebanyak 10.5 peratus dari awal tahun hingga kini.
Ia juga menyebabkan mata wang negara lain turut menyusut, malah ada pada kadar yang lebih tinggi, membuktikan ia adalah satu fenomena global, katanya.
Tengku Zafrul berkata jelas sekali bahawa kesan peningkatan kadar faedah AS memberi impak kepada kebanyakan negara di dunia, tetapi ini tidak bermakna kesemua negara ini boleh dikira 'gagal', katanya.
"Setiap negara mempunyai cabaran dan dasar-dasar monetari masing-masing, dan nilai mata wang sesebuah negara bukanlah kayu pengukur tunggal untuk menentukan sama ada mereka berhadapan dengan krisis atau tidak.
"Definisi sebenar krisis ekonomi adalah apabila KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) merosot secara mendadak, kadar pengangguran dan kebankrapan meningkat dengan ketara, dan taraf hidup keseluruhan penduduk terkesan manakala definisi krisis kewangan pula adalah apabila sesetengah aset kewangan tiba-tiba susut nilainya secara mendadak dalam masa yang singkat," katanya.
Beliau berkata ini termasuk kejatuhan nilai pasaran saham dan mata wang yang mendadak dalam masa yang singkat, serta kegagalan kerajaan untuk membayar hutang negara.
Situasi Malaysia hari ini berbeza jika dibandingkan dengan 1998-1999, 2009, mahupun 2020 dan apa yang dialami negara pada masa ini yang bermula sebagai tekanan inflasi global kini telah menyebabkan ketidaktentuan di pasaran kewangan di serata dunia, katanya.
"Impaknya termasuk pengurangan akses kepada dana, dan juga kadar pembiayaan yang meningkat, yang akan terus menjejaskan lagi ekonomi," katanya.
Menteri Kewangan berkata mengambil United Kingdom (UK) sebagai contoh, baru-baru ini kerajaan UK telah mengumumkan langkah pengurangan cukai berjumlah GBP45 bilion (~RM225 bilion).
Oleh kerana bank pusat England juga telah meningkatkan kadar faedah untuk mengekang inflasi, tindakan pengurangan cukai ini tidak disambut baik oleh peserta pasaran kewangan mahupun pelabur, katanya.
"Akibatnya, pasaran saham dan bon UK telah mengalami kerugian sekitar US$500 bilion (~RM2.3 trilion). Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah memberi amaran dan mengecam tindakan kerajaan UK yang akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.
Beliau berkata begitu juga yang berlaku di AS, keputusan bank pusat yang meningkatkan kadar faedah secara mendadak telah menyebabkan kerugian berjumlah US$9 trilion (~RM41 trilion) bagi pasaran saham mereka.
"Ini telah menjejaskan simpanan hari tua rakyat AS, dan juga nilai syarikat-syarikat tersenarai mereka.
"Sementara itu, Turkiye pula telah mengambil keputusan yang sebaliknya, iaitu menurunkan kadar faedah beransur-ansur sejak September 2021. Akibatnya, mata wang mereka telah menyusut 52 peratus semenjak kadar faedah mereka diturunkan, manakala inflasi mereka mencatatkan kadar 80 peratus pada Ogos 2022," katanya.
Beliau berkata China juga mengalami cabaran dari segi sekuriti makanan dan sektor pertanian akibat kemarau yang berpanjangan manakala India dan Pakistan pula, sebagai antara pengeluar utama makanan dunia, berdepan dengan cabaran getir perubahan iklim seperti banjir besar.
Di negara-negara Afrika, peperangan di Ukraine yang berlanjutan telah mengakibatkan rakyat terputus bekalan makanan akibat kebergantungan mereka terhadap import makanan yang tinggi, malah, harga makanan di sana meningkat hampir 24 peratus dari 2020 hingga 2022, tertinggi semenjak krisis kewangan 2008, katanya.
"Eropah pula kini sedang melalui cabaran bekalan tenaga, terutama dari segi bekalan gas asli bagi memanaskan rumah pada musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi, kerana harga gas asli telah meningkat dua kali ganda semenjak awal tahun akibat bekalan dunia yang terus terjejas.
"Nilai mata wang euro yang terus menyusut berbanding dolar AS akan meningkatkan lagi kos dan merumitkan lagi kemelut bekalan tenaga ini," katanya.
Tengku Zafrul berkata kedudukan istimewa dolar AS sebagai mata wang rizab dunia dan dianggap sebagai aset selamat mendorong pelabur global memindahkan dana mereka ke AS dalam keadaan ketidaktentuan, justeru meningkatkan lagi permintaan untuk dolar AS.
Bagaimamapun beliau berkata pergerakan nilai mata wang sesebuah negara bukanlah kayu pengukur tunggal untuk menentukan sama ada mereka berhadapan dengan krisis atau tidak.
Berdasarkan cabaran-cabaran ini, IMF telah menyemak unjuran pertumbuhan global bagi 2023 daripada 3.8 peratus kepada 2.9 peratus, katanya.
Beliau berkata IMF juga telah meningkatkan kadar unjuran inflasi mereka kepada 9.5 peratus bagi negara membangun, dan 6.6 peratus bagi negara maju.
Hakikatnya, Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil yang terbuka, tidak terkecuali daripada tempias cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seluruh dunia seperti yang dinyatakan tadi, katanya.
"Jumlah dagangan luar Malaysia adalah sekitar RM1.8 trilion bagi lapan bulan pertama 2022, iaitu melebihi 120 peratus daripada KDNK pada 2021.
"Kesemua faktor-faktor ini juga akan memberi impak kepada unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2023, yang dijangka lebih rendah dari 2022." katanya.
Tambahnya walaupun Bank Dunia menyemak unjuran KDNK tahun ini lebih tinggi, mereka juga terpaksa menurunkan unjuran KDNK tahun hadapan dari 4.5 peratus kepada 4.2 peratus.
"Walaupun lebih rendah, kadar 4.2 peratus tidak langsung memenuhi definisi kemelesetan ekonomi atau krisis, terutama sekali kerana asas-asas ekonomi kita tetap kukuh," kata menteri.
Beliau berkata sebagai contoh, bagi enam bulan pertama tahun ini, aliran masuk pelaburan asing bersih kekal pada tahap yang memberangsangkan dengan jumlah RM41.7 bilion, manakala jumlah pelaburan yang diluluskan mencatatkan nilai RM123.3 bilion.
Ini melibatkan lebih 1,700 projek dan dijangka mewujudkan lebih 57,000 peluang pekerjaan manakala kadar pengangguran juga terus menurun kepada 3.7 peratus pada Julai 2022, berbanding nilai tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2022, katanya.
Beliau berkata dalam masa yang sama, ringgit juga terus mencatatkan peningkatan berbanding beberapa mata wang negara maju dan membangun yang lain.
Beliau juga berharap semua pihak dapat meneliti fakta-fakta yang diberikan agar dapat sama-sama memahami bahawa ada pelbagai faktor luaran yang bukan dalam kawalan kerajaan, tetapi memberi impak langsung kepada isu nilai mata wang ringgit dan inflasi.
"Seperti yang dinyatakan oleh Bank Dunia baru-baru ini, tiada penyelesaian yang cepat dan mudah kepada situasi ringgit berbanding dolar AS.
"Apa yang boleh dilakukan adalah memberi tumpuan kepada pengukuhan asas ekonomidan pembaharuan struktur," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Tengku Zafrul berkata walaupun dunia semakin pulih daripada kesan pandemik COVID-19, timbulnya pelbagai cabaran baharu yang telah mengakibatkan prospek ekonomi global yang bakal mengalami kemelesetan. - Astro AWANI/Shahir Omar

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

BRICS: Negara kecil tak perlu bimbang dengan ketidakseimbangan kuasa - Rafizi
Tidak wujud kebimbangan bahawa ketidakseimbangan kuasa dalam BRICS akan memudaratkan negara anggota lebih kecil.

Malaysia akan suarakan pandangan tanpa gentar meskipun berdepan kuasa besar dalam BRICS - PM
Anwar berkata Malaysia sentiasa aktif menyuarakan kebimbangannya mengenai isu geopolitik global termasuk pencerobohan di Ukraine oleh Rusia.

China gesa UNSC ambil tindakan segera redakan ketegangan Lubnan-Israel
UNSC perlu segera bertindak dan bersatu dalam mendesak gencatan senjata di Semenanjung Gaza direalisasikan bagi meredakan ketegangan antara Lubnan dan Israel.

Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.

Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat bantu kurangkan ketegangan - PM Anwar
PM Anwar tidak percaya konflik bersenjata antara kuasa besar sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Indonesia sentiasa menjaga keseimbangan dengan kuasa besar - Anies Baswedan
Kerajaan sedia ada mengakui keperluan untuk mengembangkan agenda pembangunan domestik dengan melibatkan entiti antarabangsa.

Malaysia kekal berkecuali walaupun jalin kerjasama dengan China dan AS
Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.

ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar
Negara-negara ASEAN perlu bersatu dalam mempertahankan rantau ini daripada tindakan memecah belah oleh kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia perlu jadi negara 'middle power', terus amal dasar berkecuali - Zambry
Malaysia perlu mempunyai pendekatan untuk dilihat sebagai sebuah negara berkuasa tengah atau 'middle power', dengan mempunyai polisi-polisi yang pragmatis dalam mendepani kesan geopolitik dunia.