JAKARTA: Negara-negara ASEAN perlu bersatu dalam mempertahankan rantau ini daripada tindakan memecah belah oleh kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu menyampaikan ucapan pencelahan di hari pertama sesi awal Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, beliau berkata, kesemua negara terlibat perlu sentiasa memegang teguh konsep Kesatuan ASEAN.
Kata Perdana Menteri, blok ASEAN perlu mengukuhkan institusi kapasiti, memperkemas mekanisme dan memastikan pelaksanaan keputusan yang tepat pada masanya.
“Kita sama sekali tidak boleh membiarkan apa jua yang dicapai selama ini, diganggu-gugat oleh pertelingkahan yang tidak terkawal oleh kuasa-kuasa besar ini,” tegasnya lagi.
Menyentuh mengenai penerbitan Peta Standard China 2023, Anwar berkata, Malaysia telahpun mengeluarkan pendirian tegas berhubung isi tersebut.
Beliau berkata isu berkenaan Laut China Selatan perlu ditangani dengan rasional melalui dialog dan konsultasi selaras dengan prinsip perundangan antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Lautan 1982 (UNCLOS)
Anwar berkata, sewaktu awal penubuhan ASEAN, banyak pandangan negatif terhadap kerjasama negara terlibat, khususnya tentang perbezaan dan kepelbagaian yang dilihat satu liabiliti.
Namun katanya lagi, ternyata perbezaan dan kepelbagaian itu akhirnya dijadikan bukti kekuatan sebenar ASEAN.
“Hari ini, mereka yang berada di luar rantau telah mengiktiraf ASEAN sebagai salah satu persatuan yang berjaya, khususnya tentang keupayaannya dalam mengekalkan keamanan, keterjaminan dan kemakmurannya.
“Ini bagaimanapun telah menarik perhatian pihak luar untuk mewujudkan kerjasama dengan ASEAN, termasuk kuasa-kuasa besar, yang pertelingkahan mereka berlaku di tengah-tengah dan selari dengan rantau kita,” katanya Anwar.
Perdana Menteri berkata, persaingan antara kuasa-kuasa besar itu telah memberi kesan kepada pelaksanaan inisiatif dan kerjasama di bawah mekanisme ASEAN seperti Persidangan Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN.
Atas sebab itu, beliau menegaskan, ASEAN mempunyai kesempatan yang unik melalui platform tambahannya, untuk membawa bersama-sama pihak yang bersaing ini, dan mengingatkan mereka keperluan dan kepentingan untuk mengutamakan dialog dan kerjasama, bagi mempromosi persaingan sihat dan memastikan keamanan berkekalan di rantau ini.
Firdaus Azil
Tue Sep 05 2023

Sewaktu menyampaikan ucapan pencelahan di hari pertama sesi awal Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, Perdana Menteri berkata, kesemua negara terlibat perlu sentiasa memegang teguh konsep Kesatuan ASEAN.. - Gambar/ Pejabat Perdana Menteri
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken
Ini kerana, Blinken berkata, kepentingan strategik di rantau ini adalah jelas.

Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.

Pemimpin ASEAN nantikan penyertaan penuh Timor-Leste dalam keluarga ASEAN - Siphandone
Pemimpin blok itu menantikan keahlian penuh negara termuda di Asia Tenggara dalam keluarga ASEAN pada masa akan datang.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.

Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.