KUALA LUMPUR: Indonesia perlu menjaga keseimbangan hubungan dengan kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan China berdasarkan polisi yang berasaskan kepada nilai, kata bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan.
Calon Presiden Indonesia di bawah Gabungan Perubahan Indonesia itu berkata, negara itu sentiasa berpegang kepada dasar neutral dan tidak akan sesekali melakukan tindakan yang akan menggugat kedaulatan mereka.
Dalam masa sama, beliau melihat kerajaan sedia ada mengakui keperluan untuk mengembangkan agenda pembangunan domestik dengan melibatkan entiti antarabangsa.
“Sambil jaga hubungan baik dengan keduanya, lalu hubungan Indonesia dengan Tiongkok (China), kami perlu juga berimbang dengan yang lain dan kaitan untuk menjaga, agar kita tetap bisa membangun ikuti agenda domestik, bukan dibalik.
“Permintaan internasional diakomodasi, tapi agenda domestik dengan melibatkan international entity, ini yang perlu kita kembangkan dan kami percaya akan bisa menjaga keseimbangan itu.
“Tantangan (cabaran) tidak kecil tapi dengan ada kebebasan media, dengan ada media sosial, maka sebarang kebijakan (dasar) tidak berimbang akan menimbulkan reaksi publik, kerana mereka sudah pasti inginkan keseimbangan, ketelusan, dan kemanfaatan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia, sewaktu menghadiri Malam Mahabbah bersamanya di ibu negara, pada Selasa.
Anies, yang juga merupakan Gabenor Jakarta antara 2017 hingga 2022, berada di Malaysia bagi bertemu dengan Diaspora Indonesia, selain dijadualkan akan memberi ucaptama bertajuk - The Malay World Civilisations Future And Its Contribution To Global Discourse On Sustainable Development – di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Rabu.
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menitikberatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang berpanjangan dan menganggap segala permasalahan atau perselisihan harus dibahas secara terbuka dengan semangat persaudaraan.
“Kalau kita hidup bertetangga, akan selalu ada persoalan, tetapi kita semua pandang persoalan ini sebagai bagian (sebahagian) dari persahabatan, persaudaraan, yang akan diselesaikan dengan suasana persahabatan, persaudaraan.
“Kita akan terus bertetangga, forever be neighbours. Kerana itu setiap kali ada masalah, tantangan, dibahas dengan terbuka, sebagai saudara Kalau kita hidup bertetangga, akan selalu ada persoalan, tetapi kita semua pandang persoalan ini dengan cermat, “ katanya lagi.
Ditanya mengenai mengapa beliau adalah calon Presiden yang lebih baik berbanding dua lagi calon, ini jawab Anies - “Cadangan saya, kita lihat pada rekod idea, rekod tindakan, rekod pencapaian. Ini tiga perkara yang anda bisa pegang kepada trajektori anda untuk menuju ke masa hadapan.
“Bagaimana calon-calon boleh mengotakan janji, atau pelas berdasarkan rekod lampau. Tiga perkara penting ialah pemikiran, tindakan dan pencapaian. Dan itu adalah pendekatan kami, kami mahu menunjukkan rekod, biarkan masyarakat menghitung dan mengadili dengan minda yang terbuka,” katanya lagi.
Pemilihan Umum Presiden Indonesia 2024, setakat ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anies yang juga dari Parti NasDem; calon Gabungan Indonesia Maju, Prabowo Subianto; dan calon Gabungan Pro-Ganjar, Ganjar Pranowo.
Firdaus Azil
Wed Oct 11 2023

Indonesia perlu menjaga keseimbangan hubungan dengan kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan China berdasarkan polisi yang berasaskan kepada nilai, kata Anies Rasyid Baswedan.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilu 2024: Indonesia perlu tingkat hubungan perniagaan, pelaburan bersama Malaysia - Anies
Hubungan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara perusahaan di Malaysia dan Indonesia boleh ditingkatkan lagi.

Pemilu 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan - Lingkar Madani
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan.

Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.

Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran
Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.

Pilpres 2024: Prabowo didakwa Anies miliki ribuan hektar tanah, Jusuf Kalla tampil beri penjelasan
Tanah yang dimiliki Prabowo hasil pembelian kilang kertas bernilai AS$150 juta pada 2004.

Isu politik dinasti jadi kebimbangan dalam pemilihan Presiden Indonesia - Penganalisis
Isu politik dinasti ini timbul ekoran pencalonan Gibran Rakabuming Raka yang merupakan anak sulung kepada Presiden Joko Widodo sebagai calon wakil presiden.

Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024

Bahasa Melayu beri kesamarataan, rasa kebersamaan - Bakal calon Presiden Indonesia
Anies berkata Indonesia dan Malaysia harus semakin menguatkan kerja sama kolaboratif melibatkan kedua-dua negara.

Hubungan Malaysia-Indonesia lebih utama berbanding masalah berbangkit antara kedua-dua negara - Anies Baswedan
Masalah yang timbul sebagai sebahagian daripada resam hidup berjiran dan akan diselesaikan dalam suasana persahabatan.