KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pada pagi Isnin dengan lebih positif untuk dibuka tinggi, sejajar dengan prestasi di Wall Street dan pasaran minyak.
Pada pukul 9.08 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 5.03 mata kepada 1,620.72 berbanding 1,615.69 ketika ditutup pada petang Jumaat.
Indeks utama dibuka 3.93 mata lebih tinggi pada 1.619.62.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 393 berbalas 208 manakala 353 kaunter tidak berubah, 1,241 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah sebanyak 768.51 juta unit bernilai RM347.62 juta.
Malacca Securities menjangkakan kaunter komoditi dan minyak/gas akan meningkat memandangkan minyak sawit mentah telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun, sementara minyak mentah Brent pula terus berlegar untuk menghampiri paras US$70 setong.
Secara keseluruhan, sentimen pasaran di bursa tempatan akan tetap berhati-hati menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan AS akan datang yang dijangka mengumumkan keputusan mengenai kadar faedah.
"Walaupun indeks utama mungkin diniagakan dalam mod berhati-hati, peniaga masih lagi memantau saham-saham bertemakan pemulihan seperti sektor pengguna, perbankan dan pembinaan di celah-celah penurunan kes harian COVID-19 yang kini berada di bawah tahap 2,000," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Sementara itu, sektor teknologi menyaksikan penyusutan sederhana dalam urus niaga awal selepas mencatatkan peningkatan selama empat hari berturut-turut berikutan kerugian dicatatkan dalam dagangan semalaman di Nasdaq.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PetChem naik 11 sen kepada RM8.38 sementara Maybank, CIMB dan Press Metal masing-masing menambah enam sen kepada RM8.46, RM4.53 dan RM10.12.
Top Glove mengukuh empat sen kepada RM5.24 tetapi Public Bank, IOI dan TM masing-masing turun satu sen kepada RM4.31, RM4.22 dan RM6.02.
Antara kaunter paling cergas, GFM Services menyusut 3.5 sen kepada 43.5 sen, Dynaciate naik setengah sen kepada 15.5 sen, Dagang Nexchange meningkat empat sen kepada RM1.01 dan Lambo tidak berubah pada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.53 mata kepada 11,893.66, FBMT 100 meningkat 27.57 mata kepada 11,566.44 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 28.49 mata kepada 13,164.49.
Indeks FBM 70 pula bertambah 4.95 mata kepada 15,656.95 dan FBM ACE turun 36.65 mata kepada 10,628.54.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkembang 57.20 mata kepada 15,607.06 dan Indeks Perladangan meningkat 22.23 mata kepada 7,159.01 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.42 mata kepada 193.52.
- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Secara keseluruhan, sentimen pasaran di bursa tempatan akan tetap berhati-hati menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan AS akan datang yang dijangka mengumumkan keputusan mengenai kadar faedah. - Gambar hiasan
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Eksekutif OpenAI jangka manusia akan terus kawal AI
Ketua Pegawai Strategi OpenAI, Jason Kwon, menjangkakan manusia akan terus mengawal kecerdasan buatan (AI), menepis kebimbangan mengenai perkembangan teknologi yang pesat tanpa kawalan.
Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Pengusaha padi dan nanas sarawak disaran sertai MAHA 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyertaan pengusaha padi dan beras selari dengan kebangkitan dua jenis produk tani ini di Sarawak yang dilihat semakin terkehadapan di negara ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji minimum RM1,500 tidak mencukupi?
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk cover kos di bandar.
Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Pasaran buruh golongan muda global dijangka bertambah baik
Tinjauan pasaran buruh global untuk golongan muda dilaporkan bertambah baik dalam tempoh empat tahun lepas dan trend menaik dijangka berterusan untuk dua tahun mendatang.
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
Nilai kerja sektor pembinaan cecah RM75.7 bilion pada separuh pertama 2024
Nilai kerja pembinaan bagi separuh pertama 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM75.7 bilion berbanding tempoh sama pada 2023.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,601.26 daripada 1,596.05 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, IK naik 0.35 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 semasa ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah akhiri kenaikan dua hari berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turut susulan ketidakpastian berhubung dasar penurunan kadar faedah oleh Fed AS dan BoJ.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada 1,611.05 pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 27.62 mata kepada 1,583.43 daripada 1,611.05 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.
GHL Systems dinyahsenarai 6 Ogos selepas 21 tahun tersenarai di Bursa Malaysia
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, GHL berkata, mereka telah menerima surat daripada Bursa Securities bertarikh 1 Ogos 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.65 mata kepada 1,613.60 daripada 1,624.25 semalam.