KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan yang berubah-ubah apabila lebih kukuh hari ini, naik 0.35 peratus, didorong belian berterusan semasa harga rendah, seiring prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 10.78 mata lebih tinggi kepada 1,601.16 dan bergerak antara 1,591.75 dan 1,604.06 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 1,103 berbanding 218, dengan 357 kaunter tidak berubah, 764 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.19 bilion unit bernilai RM2.93 bilion daripada 4.31 bilion unit bernilai RM3.09 bilion pada Khamis.

Dalam kalangan bursa serantau, Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.56 peratus kepada 35,025.0, Indeks Komposit IDX Indonesia menambah 0.86 peratus kepada 7,257.00, Indeks STI Singapura menokok 0.37 peratus kepada 3,26 1.0 peratus kepada 1,261 7,090.23 dan Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 1.17 peratus kepada 17,090.23.

Ketua Penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman turut merangsang minat belian terhadap pusat data tempatan.

"Indeks sektor Bursa Malaysia dalam teknologi, pembinaan dan hartanah mendahului pasaran dengan lebih tinggi, meraih peningkatan lebih dua peratus," katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, beliau berkata program GEAR-uP kerajaan telah mendapat maklum balas baik daripada pasaran.

"Komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang utama untuk melabur RM120 bilion dalam projek domestik bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka meningkatkan keyakinan pelabur," katanya.

Memandangkan dana ini terarah kepada sektor dengan pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan infrastruktur, Mohd Sedek menjangkakan peningkatan pelaburan dalam kalangan syarikat berkaitan, mendorong kenaikan harga saham.

"Walaupun impak sepenuhnya terhadap sektor tertentu mungkin mengambil masa untuk berlaku, keseluruhan prospek ekonomi yang positif daripada program pelaburan besar ini mungkin memberi manfaat kepada pasaran lebih luas," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM10.16 dan RM4.24 manakala Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM13.94, dan CIMB dan Petronas Chemicals tidak berubah, masing-masing pada RM7.30 dan RM5.47.

Bagi saham aktif, Cape EMS meningkat 4.5 sen kepada 52 sen, MY E.G menokok tiga sen kepada 91.5 sen, Techna-X naik 3.5 sen kepada 17 sen, Velesto Energy tidak berubah pada 21.5 sen manakala Hubline susut setengah sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 104.51 mata kepada 12,175.17, Indeks FBMT 100 meningkat 85.60 mata kepada 11,807.59, Indeks FBM Emas Syariah menokok 138.75 mata kepada 12,328.49, Indeks FBM ACE naik 178.27 mata kepada 5,377.66 dan Indeks FBM 70 menambah 289.46 mata kepada 17,728.99.

Mengikut sektor, Indeks Teknologi naik 2.31 mata kepada 71.15, Indeks Pembinaan menokok 7.06 mata kepada 282.90, Indeks Hartanah menambah 24.13 mata kepada 1,068.62, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 34.22 mata kepada 18,053.83, Indeks Perladangan naik 36.28 mata kepada 7,073.92, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.26 mata kepada 181.29.

Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 2.42 bilion unit bernilai RM2.53 bilion daripada 2.42 bilion unit bernilai RM2.71 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.10 bilion unit bernilai RM147.18 juta daripada 1.41 bilion unit bernilai RM207.52 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 662.41 juta saham bernilai RM247.55 juta daripada 472.19 juta saham bernilai RM172.03 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 321.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (665.00 juta), pembinaan (216.24 juta), teknologi (296.51 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.11 juta), hartanah (321.79 juta), perladangan (15.84 juta), REIT (16.80 juta), dana tertutup (96,100), tenaga (220.80 juta), penjagaan kesihatan (64.59 juta), telekomunikasi dan media (40.62 juta), pengangkutan dan logistik (111.26 juta), utiliti (56.89 juta), dan amanah perniagaan (629,900).

-- BERNAMA