KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 28 Nov 2022, bersempena cuti khas seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang Khamis.

"Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari Selasa, 29 Nov 2022," kata pengendali bursa saham itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan Isnin (28 Nov) sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

[LAPOR LANGSUNG] PM ke-10: Ini inti pati sidang media pertama Anwar sebagai Perdana Menteri



--BERNAMA