KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif apabila indeks petunjuk utama melangkaui paras psikologi 1,500 ketika sentimen kekal memberangsangkan meskipun prestasi semalaman Wall Street lemah.
Prestasi itu dicatatkan ketika tumpuan beralih kepada pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang berlangsung hari ini.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.74 mata kepada 1,500.85 berbanding paras 1,496.11 yang dicatatkan petang semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.05 mata pada 1,497.16.
Sentimen pasaran adalah postitif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 171 berbanding 116 manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,764 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 179.32 juta unit bernilai RM77.47 juta.
Ketua Penyelidik Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata FBM KLCI bergerak dalam aliran peningkatan semalam dan prestasi itu dijangka berterusan dalam persekitaran pasaran yang lebih tenang dengan indeks petunjuk utama dijangka sekali lagi melepasi paras psikologi 1,500.
Menurutnya, perkembangan itu berlaku di tengah-tengah tumpuan pelabur terhadap keputusan BNM mengenai OPR yang dijangkakan menyaksikan kadar semasa 3.0 peratus dikekalkan.
Di peringkat global, katanya, tumpuan lebih ke arah pengumuman pelaporan pendapatan sukuan AS ketika ini.
"Sebarang peningkatan seterusnya berkemungkinan memacu indeks penanda aras itu ke paras rintangan semasa pada 1,504. Paras rintangan dalam masa terdekat adalah pada 1,465," katanya kepada Bernama.
"FBM KLCI diunjur di paras mendatar sekitar 1,485, seiring dengan sentimen pasaran. Paras sokongan bagi indeks adalah pada 1,485, 1,455 dan 1,430, manakala rintangan pada 1,515, 1,551 dan 1,580," katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.
Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank untung satu sen kepada RM4.36; CIMB, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menokok tiga sen kepada RM6.05, RM6.82 dan RM6.03; CelcomDigi menambah dua sen kepada RM4.26 manakala Hong Leong Bank meraih lapan sen kepada RM19.20.
Tenaga bagaimanapun susut enam sen kepada RM10.44 manakala Maybank tidak berubah pada RM9.09.
Bagi saham aktif, Widad Group dan Handal Energy masing-masing menambah 1.5 sen kepada 20 sen dan 12.5 sen, YNH Property naik empat sen kepada 65 sen, Sarawak Consolidated meraih 2.5 sen kepada 46 sen manakala Leform menokok setengah sen kepada 20 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 32.07 mata kepada 11,176.25; Indeks FBM 70 menambah 24.01 mata kepada 15,149.73; Indeks FBMT 100 meraih 29.88 mata kepada 10,831.92, Indeks FBM Emas Shariah naik 31.1 mata kepada 11,269.95 dan Indeks FBM ACE meraih 7.21 mata kepada 4,861.09.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 28.27 mata kepada 16,729.74; Indeks Perladangan meraih 4.75 mata kepada 907.89; Indeks Perladangan menambah 17.8 mata kepada 7,173.6; Indeks Tenaga menokok 2.67 mata kepada 860.83 selain Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata kepada 174.17.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.74 mata kepada 1,500.85 berbanding paras 1,496.11 yang dicatatkan petang semalam. -Gambar hiasan/Dagang News
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.