KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum bergerak tinggi pagi ini, dipacu oleh saham wajaran tinggi terpilih yang diketuai oleh IHH Healthcare dan Press Metal.
Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.16 mata kepada 1,521.18 daripada 1,520.02 pada penutup Jumaat selepas dibuka 0.3 mata lebih rendah pada 1,519.72.
Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 192 berbalas 135 sementara 161 kaunter tidak berubah, 1,760 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 109.91 juta unit bernilai RM54.79 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau kekal tidak menentu terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
"Bagi bursa tempatan, dagangan hanya dilakukan pada sesi pagi hari ini dan justeru itu kami percaya penyertaan dalam kalangan pelabur adalah agak lemah.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berlegar dalam julat antara 1,515-1,525 hari ini. Sementara itu, minyak sawit mentah diramal mengakhiri bulan Januari pada rekod tertinggi apabila ditutup pada RM5,610 satu tan minggu lepas," katanya kepada Bernama.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.46 peratus kepada 3,261.34, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.39 peratus kepada 26,822.41, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong ditutup sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina.
Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM6.45, Press Metal menokok empat sen kepada RM6.13, Axiata Group menambah tiga sen kepada RM3.77 dan Hong Leong Financial Group mengukuh 22 sen kepada RM18.68.
Bagi saham aktif pula, Daya Materials peroleh setengah sen kepada satu sen, Hibiscus Petroleum menambah 4.5 sen kepada 99.5 sen, Pertama Digital lebih tinggi sebanyak dua sen kepada 68.5 sen dan AirasiaX turun setengah sen kepada 4.5 sen.
Di papan indeks, FBM ACE susut 19.17 mata kepada 6,039.86, FBM 70 meningkat 24.15 mata kepada 13,385.36, Indeks FBM Emas mengukuh 5.97 mata kepada 10,907.01, Indeks FBMT 100 menambah 10.58 mata kepada 10,617.74 manakala FBM Emas Syariah mengembang 11.92 mata kepada 11,592.51.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 0.06 mata kepada 15,779.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.31 mata lebih tinggi pada 200.72 sementara Indeks Perladangan lemah 21.810 mata kepada 6,628.30.
Bursa Malaysia akan didagangkan hanya setengah hari, hari ini dan ditutup pada 1 dan 2 Feb sempena cuti umum Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.16 mata kepada 1,521.18 daripada 1,520.02 pada penutup Jumaat selepas dibuka 0.3 mata lebih rendah pada 1,519.72. -Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.