KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.88 mata atau 0.67 peratus kepada 1,627.50 berbanding paras penutup 1,616.62 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.66 mata kepada 1,618.28, bergerak antara paras 1,618.28 dan 1,629.81 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 840 berbanding 460, dengan 488 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 6.98 bilion unit bernilai RM4.36 bilion berbanding 7.23 bilion unit bernilai RM4.54 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga positif, mendapat rangsangan daripada langkah-langkah China untuk menangani krisis hartanahnya dan jangkaan penurunan kadar faedah global.
"Di bursa tempatan, kami yakin dengan prospek pasaran, mendapat rangsangan daripada penilaian menarik dan aliran masuk dana asing yang berterusan. Selain itu, peningkatan jumlah dagangan harian juga menunjukkan minat yang tinggi dalam pasaran," katanya kepada Bernama.
Jumlah perdagangan Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dan mengekalkan trajektori menaik pada April 2024, merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Oleh itu, beliau menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,620-1,640 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,640 dan paras sokongan pada 1,590.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.99, Tenaga Nasional meningkat 18 sen kepada RM12.78 dan CIMB mengukuh tiga sen kepada RM6.84. Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM7.09 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.19.
Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur susut 1.5 sen kepada lapan sen, Top Glove turun satu sen kepada RM1.19 dan MYEG jatuh dua sen kepada RM1.02. Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 29 sen dan Malaysia Building menokok lima sen kepada 94 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 90.36 mata kepada 12,398.54, Indeks FBMT 100 menokok 84.08 mata kepada 11,990.09, dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 120.19 mata kepada 12,642.40.
Indeks FBM ACE menambah 68.31 mata kepada 5,419.53 dan Indeks FBM 70 naik 140.46 mata kepada 17,781.53.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 81.50 mata kepada 17,727.11, the Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.97 mata kepada 197.79, Indeks Perladangan menokok 13.92 mata kepada 7,400.70 dan Indeks Tenaga menambah 12.23 mata kepada 998.18.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.56 bilion unit bernilai RM3.86 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM4 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.37 bilion unit bernilai RM196.59 juta daripada 1.76 bilion unit bernilai RM248.02 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.04 bilion saham bernilai RM308.79 juta daripada 887.54 juta saham bernilai RM288.02 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 796.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.46 bilion), pembinaan (337.41 juta), teknologi (549.16 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (178.02 juta), hartanah (479.66 juta), perladangan (41.34 juta), REITs (26.28 juta), dana tertutup (116,200), tenaga (244.99 juta), penjagaan kesihatan (220.61 juta), telekomunikasi dan media (72.93 juta), pengangkutan dan logistik (67.29 juta), utiliti (76.66 juta), dan amanah perniagaan (1.41 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.

IPO RichTech Digital terlebih langganan 245 kali
RichTech berkata sebanyak 24,237 permohonan bagi 2.49 bilion saham terbitan bernilai RM623.63 juta diterima daripada orang awam.

Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.

Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.

Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.

Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.

Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).

Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.

Bursa Malaysia meningkat di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia
Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.

KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru i