Boustead Plantations Berhad (BPB) bakal melupuskan tiga bidang tanah yang terletak di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, yang secara keseluruhannya seluas 139 hektar, dengan pertimbangan tunai berjumlah RM136 juta.
Ia susulan BPB telah memeterai perjanjian jual beli dengan Sunrich Conquest Sdn Bhd untuk cadangan pelupusan satu bidang tanah dan dengan Titanium Greenview Sdn Bhd bagi cadangan pelupusan dua bidang tanah.
Harga jualan telah ditetapkan atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli, selepas mengambil kira nilai pasaran saksama tanah berasaskan penilaian profesional bebas. Pertimbangan jualan mewakili premium RM5 juta atau 4% melebihi nilai pasaran saksama 3 bidang tanah tersebut yang berjumlah RM131 juta seperti yang ditentukan oleh jurunilai, Messrs. Jones Lang Wootton.
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Naib Presiden, BPB, berkata, "Ini merupakan peluang yang baik untuk Kumpulan menambah nilai bagi pemegang saham. Memandangkan lokasi strategik tanah yang berhampiran dengan pembangunan bandar, BPB kini dapat merealisasikan peningkatan nilai modal tanah dengan melupuskannya pada nilai premium yang lumayan berbanding nilai buku bersih.
Cadangan jualan ini tertakluk kepada beberapa prasyarat, antaranya termasuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Tanah Estet dan Unit Perancangan Ekonomi.
Ibrahim Sani
Wed Jan 24 2018

Naib Presiden BPB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata penjualan tanah ini merupakan peluang yang baik untuk Kumpulan menambah nilai.- Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017