Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, mengunjurkan kumpulan pesawat kargo udara dunia akan berkembang 70 peratus pada 2035, untuk mencapai 3,010 pesawat dalam perkhidmatan berbanding 1,770 pada masa ini.
Naib Presiden Pemasaran Boeing Commercial Airplanes, Randy Tinseth, berkata terdapat permintaan untuk 2,370 pesawat kargo dari seluruh dunia, dengan 930 pesawat baharu manakala 1,440 lagi pesawat yang diubah suai, menjelang 2035.
"Pasaran kargo udara mencacat trend pertumbuhan yang rendah. Apabila perdagangan semakin pulih, kami yakin pasaran kargo udara akan menyaksikan pertumbuhan dalam jangka panjang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tinseth berkata pasaran e-dagang akan menjadi faktor utama yang akan memacu pertumbuhan kargo udara, dengan Asia menerajui pasaran antarabangsa dalam purata pertumbuhan kargo udara.
"Selain itu, pasaran ekspres China terus berkembang, dengan kadar pertumbuhan lima tahun sebanyak 55 peratus dalam jumlah kargo dan 39 peratus dalam pendapatan," katanya.
Berdasarkan Unjuran Kargo Udara Dunia dwitahunan yang dikeluarkan oleh Boeing, kumpulan pesawat kargo udara bakal menyaksikan permintaan untuk 550 pesawat kargo besar, 380 pesawat kargo berangka lebar, 400 pesawat berangka besar yang diubah suai serta 1,040 pesawat sederhana.
Unjuran itu juga menunjukkan bahawa pesawat kargo khusus masih mengangkut lebih daripada separuh kargo udara dan kekal sebagai penyedia utama kapasiti kargo.
Produk Boeing menyumbang lebih daripada 90 peratus kapisiti khusus kargo dunia, menawarkan penyelesaian bersepadu bagi operator pengangkut, sama ada untuk membawa kargo nyata atau barangan perindustrian.
Daripada pesawat kargo standard kepada pesawat kargo besar, kumpulan pesawat Boeing membabitkan pesawat kargo 767-300, 777 dan 747, serta pesawat yang diubah suai, 737BCF dan 767-300BCF. -- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2016
Produk Boeing menyumbang lebih daripada 90 peratus kapisiti khusus kargo dunia. - Foto EPA/NARONG SANGNAK
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.