KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.
Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik COVID-19 iaitu pada 7 Mei 2019.
BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat.
“Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.
“Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi,” memetik kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, BNM memaklumkan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan.
Pada tahap OPR semasa, maklum BNM, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.
Malah, MPC juga katanya akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
INFLASI MENURUN
Mengulas berkenaan kadar inflasi ketika ini, bank pusat itu berkata inflasi keseluruhan menunjukkan trend menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini disebabkan oleh faktor kos yang menurun.
“Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang tahun 2023, berpurata antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.
“Bagaimanapun, inflasi teras akan kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh.
“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat,” memetik kenyataan itu.
Malah, BNM turut mengakui, imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global.
Astro Awani
Wed May 03 2023

BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.

BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.

Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7325/7380 semalam.

OPR kekal 3 peratus - BNM
Pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

BNM kekal OPR pada 3 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Trend penurunan inflasi akan berlanjutan pada separuh kedua 2023 - Ahli ekonomi
Penurunan inflasi di Malaysia berkemungkinan berterusan sehingga separuh kedua 2023 kerana harga dalam pasaran menyederhana, kata Profesor Ekonomi MUST, Geoffrey Williams.

Kenanga Research jangka BNM kekal OPR pada paras 3% untuk jangka sederhana
Penyederhanaan berterusan dalam faktor kos mungkin terus memacu kedua-dua inflasi teras dan utama lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.

Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR
Wanita UMNO menggesa Bank Negara memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.