Bank Negara Malaysia (BNM) menyasarkan untuk meningkatkan kerjasama dengan bank pusat serantau untuk terus membuka potensi pertumbuhan rantau ini dan menyokong komuniti ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
Gabenor BNM Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata bank pusat telah lama menjadi penyokong yang kuat kepada integrasi ekonomi kewangan di ASEAN dan Asia.
"Kami percaya ini merupakan langkah untuk mencapai kemajuan bagi rantau ini, dan yang memerlukan institusi kita untuk terus mengukuhkan hubungan yang telah kukuh dalam membina keupayaan untuk mengurus risiko dalam persekitaran yang lebih mencabar," ujarnya.
Muhammad berkata demikian pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara BNM, Bank Indonesia dan Bank of Thailand mengenai rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
"Kami berharap kerjasama yang erat dengan Bank Indonesia dan Bank of Thailand serta bank pusat lain di rantau ini," katanya.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Pemeteraian hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan rangka kerja dasar dan institusi untuk menggalakkan keadaan pasaran kewangan yang teratur dan menyokong pengurusan risiko kewangan yang cekap.
"Langkah ini membolehkan pengeksport dan pengimport di negara kita menguruskan risiko pertukaran asing dengan lebih baik dengan menggunakan mata wang tempatan untuk melaksanakan aktiviti perdagangan dan pelaburan," katanya.
Selain meningkatkan kecekapan kos untuk perniagaan, permintaan yang meningkat bagi produk kewangan mata wang tempatan akan turut menyumbang ke arah meningkatkan pasaran kewangan di rantau ini, yang merupakan kunci untuk mengukuhkan lagi keadaan bagi kestabilan kewangan serantau, kata Gabenor.
Beliau berkata apabila BNM dan Bank of Thailand melaksanakan langkah itu pada Mac 2016, mereka melihat potensi dan manfaat bagi mata wang tempatan memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan hubungan perdagangan serantau.
"Pengembangan langkah hari ini untuk melibatkan rakan dagang rapat kita, Indonesia, yang mengambil kira potensi ini," kata Muhammad.
Beliau juga berkata susulan muktamadnya Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN; "Kami yakin institusi kewangan di kedua-dua negara akan dapat bekerjasama ke arah merealisasikan matlamat untuk memudahkan pelaburan dan perdagangan merentas sempadan dengan lebih baik".
Langkah kerjasama antara bank pusat kini berkembang kepada merangkumi mentakrif rangka kerja operasi dan protokol dengan jelas dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan pasaran kewangan, penyeliaan, pemantauan, aturan pembayaran dan pengurusan krisis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
MUHAMMAD IBRAHIM: BNM menyasarkan untuk meningkatkan kerjasama dengan bank pusat serantau untuk terus membuka potensi pertumbuhan rantau ini.- Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.