KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata unjuran itu adalah berasaskan kepada permintaan kukuh terhadap kereta penumpang serta peningkatan penggunaan swasta sambil menambah data ekonomi Malaysia juga menunjukkan daya tahannya dalam menghadapi kejutan luaran yang berterusan.
"Sebagai sebuah ekonomi yang pelbagai, Malaysia dijangka dapat mencapai pertumbuhan yang disasarkan untuk tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Suku Ketiga 2023, di sini, hari ini.
Abdul Rasheed juga berkata bahawa bank pusat telah mempertimbangkan pengenaan cukai perkhidmatan lapan peratus dalam Belanjawan 2024, yang boleh mempengaruhi penggunaan awam.
"Cukai perkhidmatan tahun depan mungkin membawa sedikit impak dari segi penggunaan, tetapi kami telah mengambil kira semua pengumuman yang dibuat dalam Belanjawan 2024 ke dalam unjuran pertumbuhan kami bagi tahun depan," katanya.
Ringgit
Pada Suku Ketiga 2023 dan setakat tahun ini, ringgit mencatatkan penurunan apabila dolar AS kembali mengukuh susulan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
Menyentuh mengenai penurunan ringgit berbanding dolar AS itu, Abdul Rasheed berkata BNM sentiasa memacu penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan penyelesaian untuk meredakan tekanan terhadap ringgit.
"Untuk meredakan tekanan terhadap ringgit, kami telah memulakan penyelesaian dalam mata wang tempatan, sebagai contoh, dalam perjanjian yang kita ada dengan China, 25 peratus daripada perdagangan adalah dalam mata wang tempatan," katanya sambil menegaskan bahawa kadar pertukaran semasa antara ringgit dan dolar AS tidak mencerminkan keadaan ekonomi Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem perbankan yang kukuh, pasaran kewangan teguh dan dasar kerajaan untuk menarik pelabur, yang kesemuanya akan menyediakan lebih banyak sokongan terhadap ringgit.
"Oleh itu, pengukuhan berterusan dolar AS tidak dijangka menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia
"Ketidaktentuan pasaran kewangan global dijangka mereda, tanpa mengambil kira sebarang perkembangan tidak dijangka seperti ketegangan geopolitik, apabila pasaran kewangan menjangkakan kadar dasar AS akan diturunkan tahun depan.
"Ini sepatutnya mengurangkan kekuatan dolar AS dan seterusnya meredakan tekanan terhadap ringgit," kata Abdul Rasheed.
Mengulas mengenai impak ketegangan geopolitik di Asia Barat ketika ini, beliau berkata peperangan yang berlaku sekarang akan membawa kepada kemeruapan pasaran kewangan, namun pendedahan Malaysia kepada pasaran itu adalah minimum.
Bank Digital
Sementara itu, Abdul Rasheed memberi jaminan bahawa bank digital tidak akan membawa sebarang kesan negatif ke atas sektor kewangan kerana ia meningkatkan persaingan dan memberi manfaat kepada pengguna.
"Bagi bank digital, tumpuan mereka adalah kepada segmen ekonomi yang tidak disediakan perkhidmatan dan kurang mendapat perkhidmatan perbankan.
"Ada kawasan yang mana institusi kewangan sedia ada kita tidak menyediakan perkhidmatan perbankan, jadi bank-bank ini akan masuk untuk menyediakan khidmat kepada pasaran ini. Ia akan melengkapkan semua perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh bank sedia ada," katanya.
Beliau berkata pada September lepas, GX Bank merupakan bank digital pertama yang menerima kelulusan untuk memulakan operasi dan ada empat lagi bank digital yang akan menyusul.
"Juga tiada sekatan bagi bank sedia ada untuk menumpukan kepada pendigitalan kerana ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan daya saing mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.