KUCHING: Belanjawan 2023 harus memberi tumpuan dalam mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (Proton) Roslan Abdullah berkata ia termasuk usaha menarik minat pengguna untuk beralih kepada EV selain memperkenalkan dasar-dasar mesra pelabur.
Katanya, dasar pelaburan yang baik penting sekali gus mampu membawa teknologi baharu masuk ke dalam negara.
"Dengan pengenalan insentif-insentif menarik yang boleh disediakan kerajaan ia akan menarik minat pelabur datang dan mungkin boleh menjadikan negara sebagai sebuah hub buat EV," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Proton bersama media di sini malam tadi.
Belanjawan 2023 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini.
Sementara itu, Roslan berkata Proton sebagai satu daripada syarikat kenderaan nasional perlu menerajui penggunaan EV dan sebagai permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd bagi mengedar kenderaan Smart di Malaysia bermula suku keempat tahun ini.
"Selain itu, kita juga telah menghantar seramai 16 orang jurutera ke Geely untuk tempoh enam bulan bagi mereka mempelajari sendiri teknologi EV.
"Kita juga memang ada perancangan untuk mengeluarkan Proton EV sendiri tetapi model itu kita akan umumkan bila hampir pada waktu pelancaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Sebagai permulaan dalam usaha menerajui penggunaan EV, Proton akan bekerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd bagi mengedar kenderaan Smart di Malaysia bermula suku keempat tahun ini.
Reaktor bawah milik OCIM Sdn Bhd terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah mengesahkan kebakaran melibatkan reaktor bawah milik OCIM Sendirian Berhad.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan perkara itu ketika ditanya media berhubung penemuan mayat tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Ogos 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 15 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Kes pukul OKU: Tindakan tatatertib telah diambil ke atas anggota pengiring - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan dalaman ke atas anggota terbabit diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
Kerajaan perkukuh ekosistem industri kenderaan elektrik untuk galak penggunaan - Loke
Loke berkata pembelian EV di negara ini masih rendah berikutan pelbagai kekangan.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
Geely berjaya hasilkan bateri EV tahan sehingga 50 tahun, 1 juta km
Geely mengumumkan kejayaan membina bateri EV yang boleh digunakan sehingga 50 tahun atau bersamaan dengan 3,500 kitaran pengecasan dan perjalanan hampir satu juta kilometer.
Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.
CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV
Malaysia berpeluang menjadi pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box buatan Dongfeng Motor (DFM).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam perkara penting pengumuman kadar fi lesen kenderaan elektrik
Kadar fi LKM bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.
Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah - Anthony Loke
Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.