KUALA LUMPUR: Agensi pelaksana di Sabah dan Sarawak perlu menjalin hubungan lebih baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan segala perancangan yang melibatkan kedua-dua negeri itu dalam Belanjawan 2023.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata langkah itu penting kerana Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan besar kepada kedua-dua negeri itu tidak akan dapat dilaksanakan melainkan kerjasama agensi pelaksana dapat ditingkatkan.
"Mungkin agensi pelaksana negeri perlu menjalin kerjasama lebih baik dengan agensi pelaksana persekutuan bagi pastikan segala peruntukan dan rangka kerja yang telah diumumkan dapat dilaksanakan.
"Ini penting supaya kita dapat cari jalan terbaik untuk melaksanakan segala projek ini yang cukup penting dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan semestinya pembangunan negara," katanya.
Beliau ditemui media selepas menyaksikan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Fadillah berkata Perdana Menteri juga mengarahkan beliau supaya menjaga dan memantau segala perancangan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.
"PM (perdana menteri) sebut spesifik saya terus jaga (Sabah dan Sarawak) khususnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan jalan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak.
"Saya juga diarahkan untuk memastikan projek-projek ini disiapkan seberapa segera yang boleh," katanya.
Dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengumumkan Sabah dan Sarawak masing-masing menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.
Turut diumumkan peruntukan RM2.5 bilion bagi melaksanakan projek prasarana awam meliputi kemudahan jalan dan lampu jalan, bekalan air serta elektrik selain peruntukan RM30 juta bagi memperbanyak kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Fadillah berkata Perdana Menteri juga mengarahkan beliau supaya menjaga dan memantau segala perancangan pembangunan di Sabah dan Sarawak. - Gambar/ Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.