TUMPAT: Kerajaan akan memberi perhatian terhadap empat cadangan yang dikemukakan secara bertulis oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada Oktober depan, antaranya isu pengambilan pekerja asing dan pengawalan inflasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata turut dikemukakan oleh ACCCIM adalah masalah capaian Internet dan isu berkaitan keselamatan makanan.
"Kerajaan mengalu-alukan penyertaan dan komitmen daripada pihak swasta dan komuniti perniagaan seperti yang ditunjukkan ACCCIM untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan terutamanya dalam konteks pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.
"Selain itu, kerajaan juga akan terus memantapkan peranannya sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan isu dan cabaran berkaitan peraturan bagi menambah baik persekitaran perniagaan, melonjakkan produktiviti dan daya saing peniaga, serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Bhd Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan sentiasa memandang serius mengenai peningkatan kos untuk menjalankan perniagaan akibat karenah birokrasi dan impak kekurangan pekerja asing ke atas ekonomi yang sering dibangkitkan oleh pihak industri.
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan supaya proses kelulusan permohonan pekerja asing disegerakan agar tidak menjejaskan usaha pemulihan ekonomi kerana keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan bekalan pekerja yang mencukupi untuk menyokong pemulihan sektor perniagaan.
"Susulan itu, Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin) akan mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan agensi serta pihak yang berkenaan bagi mempercepat serta mempermudahkan lagi proses kemasukan pekerja asing yang telah diluluskan," katanya sambik menambah, setakat 10 Jun lepas, hanya 19,000 pekerja asing dari 12 negara sumber telah memasuki Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Mustapa berkata kerajaan sentiasa memandang serius peningkatan kos untuk menjalankan perniagaan akibat karenah birokrasi dan impak kekurangan pekerja asing. - Gambar/ Bernama
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.