KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi.

Sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan, dan bayaran akan dibuat pada bulan April.

"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

"RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023," katanya.


IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI