KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempersoalkan unjuran pendapatan Belanjawan 2021 yang dibentangkan, dan menyifatkannya sebagai tidak begitu realistik.
Ketika membahas Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, belanjawan itu seharusnya menepati aspirasi memperjuangkan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara, dan pembendungan efektif wabak COVID-19,
Selain itu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata lagi, beliau mengharapkan agar Kerajaan dapat segera memperbaiki kelemahan bagi memastikan ianya lebih efektif, terutamanya dalam pengurusan pandemik dan ekonomi negara.
“Saya merujuk kepada ucapan-ucapan perbahasan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Subang dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.
“Saya setuju dengan mereka supaya Belanjawan mengambil kira unjuran yang realistik, mana nak dapat duit ni, dan memberi keutamaan kepada penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi rakyat terutama semasa wabak COVID19 ini,” katanya lagi.
Dr Wan Azizah berkata, perbelanjaan untuk pekerja barisan hadapan dilihat tidak menyeluruh, dan ada dalam kalangan mereka yang merungut tentang proses memohon bayaran kerja lebih masa.
Ujarnya lagi, Kerajaan perlu memastikan bahawa dalam mereka melaksanakan tugas, keluarga dan anak-anak mereka seharusnya turut diberi perhatian daripada sudut insentif penjagaan anak, keselesaan belajar dan jaminan suasana pekerjaan yang selamat dan langkah-langkah untuk melindungi mereka terjamin.
“Langkah ini penting sebagai penghormatan dan pengiktirafan yang sedikit sebanyak dapat membantu memberi motivasi kepada mereka di samping mengurangkan kerisauan petugas-petugas mengenai keluarga mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Belanjawan 2021 mestilah membendung hakisan kemajuan “gender equality”, yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Beliau berkata, sepanjang tempoh pandemik itu, kemunduran untuk wanita di Malaysia amat ketara dalam tiga aspek, termasuklah keselamatan daripada keganasan berdasarkan jantina, dan keselamatan dalam pekerjaan.
“Pertama sekali, pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan peningkatan risiko keganasan rumah tangga. Belanjawan 2021 mestilah mengutamakan perbelanjaan untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan sokongan untuk mangsa kes keganasan berdasarkan gender.
“Misalnya, pihak kerajaan boleh menyediakan satu “inter-agency fund” dengan izin, untuk melatih responden pertama, termasuk pegawai polis, perubatan dan kebajikan untuk mengendalikan kes keganasan berdasarkan gender,” katanya lagi.
Selain itu, beliau yang turut pernah memegang portfolio Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, amat malang apabila peruntukan untuk Kementerian itu hanyalah RM2.6 bilion, kurang
satu peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2021.
“Perkara ini adalah amat tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai 15.9 juta wanita bersamaan 48.5 peratus rakyat Malaysia, hampir separuh rakyat Malaysia adalah wanita.
“KPWKM pada hemat saya wajar dijadikan kementerian kanan sekiranya kita ingin menangani pandemik COVID-19,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Nov 17 2020
![Belanjawan 2021: Mana nak dapat duit ni? - Wan Azizah Belanjawan 2021: Mana nak dapat duit ni? - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605587797_TBWANAZIZAH.jpg)
Kerajaan perlu segera perbaiki kelemahan Belanjawan 2021, bagi memastikan ianya lebih efektif dalam pengurusan pandemik dan ekonomi negara. - Gambar fail
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705740593_WanAzizahIsteriP.jpg)
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
![Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/51475165989_KanakKanakGajet.jpg)
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
!['Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman 'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698677710_SyarulEmaRena.jpg)
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
![Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694524965_WanAzizahWanIsmai.jpg)
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
![5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung 5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684754606_WanAzizah.jpg)
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
![Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story' Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683461304_TheUntoldStoryAn.jpg)
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
![Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681895182_AnthonyLoke.jpg)
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
![PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679479379_PMAnwar.jpg)
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
![Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun - Nurul Ilham Anwar Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun - Nurul Ilham Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677298726_NurulIlhamAnwarN.jpg)
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
![Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675050702_Anwar.jpg)
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.