KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM142.86 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2022, daripada RM101.63 juta dalam tempoh yang sama pada 2021 disebabkan pendapatan bersihnya yang meningkat diseimbangkan oleh jumlah overhed yang lebih tinggi.
Pendapatan bersih kumpulan turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus, terutamanya disebabkan pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi pada suku tersebut dipacu oleh pertumbuhan dalam pembiayaan.
Jumlah overhed naik sebanyak RM53.5 juta iaitu meliputi kos kakitangan dan perbelanjaan am yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM40.2 juta dan RM13.3 juta, melebihi overhed pada S3 2021.
Sementara itu, hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM933.68 juta daripada RM746.22 juta setahun lalu, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Elaun bersih BIMB untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan, pembiayaan lebih rendah pada RM24.9 juta untuk S3 2022, menurun sebanyak 26.7 peratus berbanding S3 2021.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersih BIMB jatuh kepada RM365.93 juta daripada RM454.66 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat kepada RM2.53 bilion berbanding RM2.35 bilion sebelumnya.
Mengenai prospek untuk baki bulan pada 2022, BIMB berkata, pihaknya sedang membangunkan model rantaian bekalan digital untuk memenuhi keperluan pelanggan korporat dan pengoptimuman platform digital akan mengukuhkan lagi kerjasamanya serta membuka lebih banyak peluang perniagaan dengan rakan kongsi sedia ada dan pelanggan baharu yang berpotensi.
"Sementara itu, Perbankan Korporat BIMB menyasarkan untuk memupuk dan mengembangkan tumpuan sektoral baharu kepada bank, sebahagian besarnya pada pembiayaan hijau dan sukuk tanpa penarafan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mempelbagaikan sumbangan kepada pendapatan kami," katanya.
Ia menambah BIMB akan kekal berwaspada dalam memelihara kualiti aset dengan berhati-hati dalam menerima pelanggan korporat baharu. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Bank Islam Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM142.86 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2022, daripada RM101.63 juta dalam tempoh yang sama pada 2021.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan
Cawangan Agrobank yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kiosk Rantau Panjang.

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Pelanggan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.

Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.