Baju kebaya yang selama ini menjadi simbol pakaian seragam bagi pekerja syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan dikekalkan.
Memetik laporan Malaysian Reserve, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata rekaan kebaya sejak tahun 1986 itu tidak akan diubah walaupun terdapat rancangan awal untuk rekaan semula, sejajar dengan pelan penstrukturan syarikat.
"Rekaan kebaya oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) itu sangat popular dan ia tidak akan diubah," kata Bellew.
Awal tahun ini, syarikat penerbangan itu mengumumkan perjanjian bersama pereka fesyen Datuk Farah Khan dalam menghasilkan pakaian baharu untuk bebarapa bahagian dalam syarikat, termasuk pakaian juruterbang, anak kapal, pegawai di lapangan terbang dan jurutera.
Pengumuman itu bagaimanapun menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk pengikut setia dan pekerja kerana melihat pakaian kebaya itu sinonim dengan syarikat Malaysia Airlines sejak 30 tahun lalu.
Pemerhati berpendapat keputusan itu menandakan syarikat itu mahu tumpu kepada kecekapan operasi dan meneruskan beberapa pesona asal jenama itu.
Astro Awani
Fri Oct 14 2016

BELLEW: Rekaan kebaya oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) itu sangat popular dan ia tidak akan diubah. - Foto www.malaysiaairlines.com

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malu sangat ke berbaju Melayu?
Bentuk pakaian Melayu tidak kira untuk lelaki mahupun perempuan adalah suatu bentuk yang sangat mesra dengan tubuh badan kita.

#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.