KUALA LUMPUR : Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) melahirkan rasa kecewa dengan pengumuman terbaharu oleh kerajaan dalam menaikan kadar eksais cukai terhadap semua jenis produk cecair yang digunakan bagi rokok elektrik.
Presidenya Profesor Datuk Dr Lekhraj Rampal dalam satu kenyataan berkata, pihaknya konsisten untuk terus menyarankan pihak kerajaan agar mengharamkan penggunaan rokok elektronik secara total.
“Sejak enam tahun lalu pihak MCTC telah menyarankan kepada kerajaan agar mengharamkan penggunaan Produk vape atau e-cigarette dan semua jenis penggunaan nikotin elektronik.
“Produk vape tidak membantu orang ramai untuk berhenti merokok,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Tambah beliau, menerusi kajian yang telah dijalankan, tiada bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan produk tersebut membantu perokok untuk berhenti.
Malah jelasnya, hasil kajian menunjukan penggunaan produk tersebut hanya menimbulkan masalah kesihatan yang lain termasuk kanser.
“Undang-undang Malaysia di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak digunakan sebaik mungkin. Malah kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan untuk membenarkan ia digunakan secara berleluasa," jelasnya lagi.
Pihak MCTC juga jelasnya, menggesa agar kerajaan tidak melupakan janji untuk memperkemas perancangan untuk membantu perokok untuk berhenti dari tabiat itu.
“Kami menggesa kerajaan supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat untuk membantu perokok dalam perjuangan mereka untuk berhenti merokok.
"Semua cadangan 'mulia' tentang meningkatkan hasil kerajaan juga harus memastikan dana yang diperoleh digunakan untuk membiayai inisiatif berhenti merokok di pelbagai peringkat di sektor awam dan swasta, terutamanya di peringkat penjagaan primer,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar kerajaan juga tidak melupakan RUU Kawalan Tembakau yang meminta agar Kementerian Kesihatan merangka dan membentangkan kawalan tembakau dan rang undang-undang untuk mempunyai kawalan menyeluruh terhadap produk tembakau dan produk yang baharu muncul.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Oct 30 2021
![Bajet 2022: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia kecewa dengan pengumuman kerajaan Bajet 2022: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia kecewa dengan pengumuman kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/61447158847_Vapour.jpg)
MCTC konsisten untuk terus menyarankan pihak kerajaan agar mengharamkan penggunaan rokok elektronik secara total. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721729240_tbFadhlinaSidek.jpg)
KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa kekal tegas dalam tindakan tatatertib yang diambil berhubung isu kesalahan seksual melibatkan komuniti sekolah.
![Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms' Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722241963_TBVAPE.jpg)
Pelajar Tingkatan 4 sawan, hisap vape 'magic mushrooms'
Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di daerah ini selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.
![Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720858350_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
![Kod Sukan Selamat: Tiada lagi pembiayaan aktiviti yang ditaja jenama vape, tembakau Kod Sukan Selamat: Tiada lagi pembiayaan aktiviti yang ditaja jenama vape, tembakau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720605766_HannahYeohantime.jpg)
Kod Sukan Selamat: Tiada lagi pembiayaan aktiviti yang ditaja jenama vape, tembakau
Hannah prihatin dengan pelbagai isu membabitkan masalah kesihatan terutama dalam kalangan anak muda, yang berpunca daripada rokok dan vape.
![Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720604544_MohamedFadzliHassa.jpg)
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
![Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.
![Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691208235_banningTikTok.jpg)
Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
![Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
![Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713878093_vaperokok.jpg)
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
![KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715856722_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.