KUALA TERENGGANU: Amanah Saham Darul Iman (ASDI) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.10 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Okt 2022 berbanding 1.0 sen seunit pada tahun lepas.
ASDI dalam kenyataannya hari ini berkata pengagihan tersebut adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang direalisasikan sehingga 30 Okt, 2022 iaitu RM5.427 juta atau bersamaan dengan 1.11 sen seunit berbanding 1.01 seunit bagi tempoh sama pada 2021.
"Agihan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5.363 juta dan pulangan sebanyak 4.58 peratus berdasarkan nilai tabung seunit RM0.2400 pada awal tahun kewangan ini.
"Selain itu, agihan dalam bentuk tunai akan dibayar kepada pemegang unit berdaftar pada Disember 2022," kata ASDI.
Sehubungan itu, pemegang unit yang masih belum mengemas kini maklumat terkini seperti emel, alamat surat menyurat, nombor telefon dan akaun bank diminta berbuat demikian dengan segera dengan menghubungi 09-6220999 bagi memudahkan urusan terbabit.
ASDI adalah sebuah tabung unit amanah berteraskan Syariah yang dilancarkan pada 31 Okt, 1994 dengan saiz tabungan diluluskan berjumlah 500 juta unit.
Sehingga Oktober 2022, kedudukan jumlah langganannya adalah sebanyak 487.546 juta unit dengan jumlah pelabur seramai 20,304 pelabur.
Ini menjadikan jumlah baki unit boleh dilanggan adalah sebanyak 12.45 juta unit.
Sepanjang tempoh penubuhannya sehingga 2021, ASDI telah melaksanakan agihan pendapatan berjumlah 87.10 sen (75.50 sen agihan tunai dan 11.60 sen agihan unit) kepada semua pemegang unitnya dengan purata agihan pendapatan setahun sebanyak 3.23 sen seunit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022

Agihan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5.363 juta dan pulangan sebanyak 4.58 peratus berdasarkan nilai tabung seunit RM0.2400 pada awal tahun kewangan ini.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

ASDI umum agihan pendapatan 1.10 sen seunit
Pengagihan tersebut adalah berdasarkan jumlah pendapatan yang direalisasikan sehingga 30 Okt, 2022 iaitu RM5.427 juta.