KUALA LUMPUR: Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB) mengemukakan Program Sukuk Wakalah bernilai sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa berkata Program Sukuk Wakalah itu akan memberikan TPGSB fleksibiliti untuk menentukan masa pelaksanaan penjanaan dana dengan nilai nominal dan tempoh yang berbeza-beza bagi padanan aset-liabiliti yang optimum.
"Program Sukuk Wakalah itu akan mempunyai tempoh 30 tahun daripada tarikh terbitan pertama Sukuk Wakalah di bawah Program Sukuk Wakalah yang akan dibuat dalam masa 90 hari perniagaan daripada tarikh pengemukaan kepada SC (atau tarikh lanjutan lain yang diluluskan oleh SC).
"Tempoh setiap Sukuk Wakalah yang akan diterbitkan di bawah Program Sukuk Wakalah adalah antara satu tahun dan sehingga 30 tahun, dengan syarat tiada Sukuk Wakalah akan matang selepas tamat tempoh Program Sukuk Wakalah," katanya.
TNB berkata program itu juga akan membolehkan TPGSB mengakses kumpulan pelabur yang pelbagai dalam pasaran modal dan membiayai projek yang layak yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam Rangka Kerja Sukuk Kelestarian TPGSB, dalam menyokong aspirasi TNB ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal bersama, penyusun utama bersama dan penasihat rangka kerja kelestarian bersama bagi terbitan pertama Sukuk Wakalah yang akan diterbitkan di bawah Program Sukuk Wakalah.
Sementara itu, CIMB Islamic Bank Bhd sN Maybank Islamic Bhd adalah penasihat Syariah bersama bagi Program Sukuk Wakalah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Anak syarikat TNB, TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB) mengemukakan Program Sukuk Wakalah bernilai sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. -Gambar fail/TNB

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Unit MN Holdings raih kontrak bernilai RM58.20 juta daripada TNB
Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM58.2 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.