KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB), menerbitkan tiga siri Sukuk Murabahah bernilai RM1.1 bilion dalam nilai nominal menurut program Sukuk Murabahah tidak dinilainya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Maxis berkata Sukuk Murabahah siri ke-11 itu bernilai RM150 juta dalam nilai nominal dan tarikh kematangannya adalah pada 4 Januari 2027.
Penyedia telekomunikasi itu berkata Sukuk Murabahah siri ke-12 bernilai RM600 juta dalam nilai nominal manakala Sukuk Murabahah ke-13 mempunyai nilai nominal RM350 juta.
“Tarikh matang Sukuk Murabahah siri ke-12 dan ke-13 masing-masing adalah pada 3 Jan, 2029 dan 3 Jan, 2030,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu merekodkan untung bersih bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 sebanyak RM325 juta berbanding RM364 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gökhan Ogut Oktober lalu berkata, hasil kumpulan bagaimanapun meningkat kepada RM2.26 bilion daripada RM2.21 bilion disumbangkan oleh hasil perkhidmatan yang tinggi sebanyak RM2.03 bilion susulan perniagaan pascabayar dan gentian yang lebih baik.
Katanya, hasil perkhidmatan pascabayar bagi suku ketiga 2021 meningkat kepada RM1.03 bilion, tetapi purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) turun 3.6 peratus tahun ke tahun kepada RM81 daripada RM84 sebulan.
Maxis akan terus menyokong semua komuniti di Malaysia dengan akses yang lebih besar kepada peranti, penggunaan digital untuk pelajar dan usahawan serta sokongan barisan hadapan yang berterusan dan usaha kemanusiaan.
"Semua inisiatif kami pada suku tersebut didorong oleh tujuan jenama kami dan komitmen kami untuk melabur dalam negara hari ini dan rangkaian untuk pertumbuhan esok, supaya negara sentiasa berada di hadapan," tambahnya.
Maxis berkata pandemik COVID-19 terus menimbulkan kebimbangan dan masih sukar untuk meramalkan dengan pasti kesan berterusan yang akan diberikan terhadap permintaan terhadap perkhidmatan dan penyelesaian yang disediakan oleh kumpulan itu di peringkat tempatan dan antarabangsa. -DagangNews.com
Dagang News
Tue Jan 04 2022

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Maxis berkata Sukuk Murabahah siri ke-11 itu bernilai RM150 juta dalam nilai nominal dan tarikh kematangannya adalah pada 4 Januari 2027. -Gambar fail/Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anak syarikat Maxis terbit tiga siri Sukuk Murabahah bernilai RM1.1 bilion
Sukuk Murabahah siri ke-11 itu bernilai RM150 juta dalam nilai nominal dan tarikh kematangannya adalah pada 4 Januari 2027.