KUALA LUMPUR: Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) telah memohon pelanjutan tempoh tuntutan waranti yang tamat pada 31 Jan 2023 daripada Kesas Holdings Bhd (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (Sprint) dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak), kata Gamuda Bhd.
Firma itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ketiga-tiga syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu telah menerima surat ALR yang meminta pelanjutan berkenaan pada 31 Jan.
Gamuda berkata ALR memaklumkan bahawa disebabkan oleh kematian pengerusinya, Tan Sri Azlan Mohd Zainol pada 12 Jan 2023, ALR buat masa sekarang tidak dapat menuruti sepenuhnya perlembagaan syarikat.
"Akibatnya, lembaga pengarah ALR tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan tuntutan waranti sehingga pemegang saham/pengarah baharu dilantik," katanya.
Lembaga pengarah syarikat pemegang konsesi juga telah memberi maklum balas kepada ALR bahawa mereka bersetuju untuk memberikan kelonggaran bulan tambahan (sehingga 28 Feb ini) bagi ALR memuktamadkan dan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap jaminan vendor.
"Bagaimanapun, tarikh akhir substantif yang mana peristiwa atau terma tuntutan itu kekal pada 31 Jan 2023," katanya.
Pada 13 Okt 2022, ALR menyelesaikan pengambilalihan semua sekuriti empat syarikat konsesi lebuh raya yang terdiri daripada Litrak, Sprint, Kesas serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Ketiga-tiga syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu telah menerima surat ALR yang meminta pelanjutan berkenaan pada 31 Jan. - Gambar hiasan/ Dagangnews

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.

ALR mohon lanjutan tuntutan waranti daripada syarikat konsesi lebuh raya
Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) telah memohon pelanjutan tempoh tuntutan waranti yang tamat pada 31 Jan 2023 daripada Kesas, Sprint dan Litrak.

Gamuda, Litrak dapat 'lampu hijau' lupuskan aset lebuh raya kepada ALR
Penjualan itu mendapat kelulusan lebih 99 peratus dalam EGM Litrak pada 27 Julai dan kumpulan itu pada 5 Ogos lalu.

LITRAK, SPRINT, KESAS, SMART terima tawaran bersyarat Amanat Lebuhraya Rakyat
ALR menawarkan secara bersyarat untuk membeli semua sekuriti KESAS berdasarkan nilai perusahaan sebanyak RM1.24 bilion pada tarikh penilaian 31 Dis 2021; RM1.81 bilion untuk SPRINT; RM2.12 bilion untu

Kenyataan ALR berhubung pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang
Pengambilalihan ini merupakan sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula tol bagi empat lebuh raya tersebut.

Firma penyelidikan saran 'beli' saham Lingkaran Trans Kota susulan tawaran ALR
LITRAK adalah konsesi bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) manakala SPRINT merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya SPRINT.