AMANAT Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) telah membuat tawaran untuk mengambilalih keseluruhan kepentingan ekuiti syarikat konsesi berkaitan empat lebuh raya, iaitu KESAS, LDP, SPRINT dan SMART dengan nilai perusahaan agregat sebanyak RM5.48 bilion. Pengambilalihan ini akan merangkumi semua infrastruktur dan aset yang sedia ada di keempat-empat lebuh raya tersebut termasuklah aset yang penting sekali, iaitu warga kerja syarikat-syarikat konsesi tersebut. Tiada warga kerja yang akan diabaikan dalam proses pengambilalihan ini.
Pengambilalihan ini merupakan sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula tol bagi empat lebuh raya tersebut, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 4 April 2022.
Sebagai pemegang saham dan Pengarah ALR, kami ingin memberikan penjelasan lanjut mengenai cadangan pengambilalihan ini dari perspektif ALR.
Keadaan Semasa
Kini, pengguna-penguna empat lebuh raya tersebut membayar caj tol yang lebih rendah berbanding amaun yang layak diterima oleh syarikat konsesi berdasarkan perjanjian konsesi masing-masing, di mana perbezaan pampasan dibayar oleh Kerajaan supaya tidak membebankan semua pengguna lebuhraya.
Sebagai contoh, dalam kes KESAS (di mana konsesinya akan tamat pada Ogos 2028), pengguna hanya perlu membayar RM2.00 bagi setiap kenderaan Kelas 1 walaupun perjanjian konsesi menetapkan kadar tol RM3.00 bagi setiap kenderaan Kelas 1. Oleh itu, pampasan Kerajaan kepada syarikat konsesi ialah RM1.00 bagi setiap kenderaan Kelas 1. Bagi kes SMART pula (di mana konsesinya akan tamat tempoh pada Disember 2042), perjanjian konsesi menetapkan kadar tol RM5.00 bagi setiap kenderaan Kelas 1, dan dijangka meningkat kepada RM7.00 menjelang 2030, manakala pengguna pada masa ini hanya membayar RM3.00.
Tanpa sebarang penstrukturan semula, terdapat dua senario yang akan timbul apabila kadar trafik terus meningkat. Pertama, Kerajaan terpaksa terus membayar pampasan tol yang semakin meningkat, atau kedua, kadar tol dinaikkan dan mengakibatkan pertambahan beban kewangan yang lebih tinggi kepada pengguna lebuh raya. Jelas sekali, kedua-dua senario ini adalah tidak ideal.
Penyelesaian kepada situasi ini adalah jelas: Kadar tol syarikat konsesi perlu ditetapkan kepada kadar semasa, dengan serta-merta menyingkirkan (a) sebarang keperluan untuk Kerajaan membayar pampasan; dan (b) sebarang risiko kenaikan tol pada masa hadapan yang merugikan pengguna lebuh raya.
Walau bagaimanapun, kita semua perlu maklum bahawa dalam mana-mana penstrukturan semula tol, tempoh konsesi perlu dilanjutkan bagi mengimbangi kehilangan pendapatan bagi syarikat-syarikat konsesi dan pembayaran balik kesemua hutang-hutang pemegang Sukuk.
Saranan Nilai dan Perbezaan Utama ALR
Cadangan ALR merupakan satu cadangan yang unik kerana ia bertujuan untuk mengurangkan tempoh lanjutan konsesi yang diperlukan. Secara ringkasnya, ALR akan memulangkan konsesi lebuh raya kepada Kerajaan setelah semua hutang dibayar sepenuhnya.
Dua faktor kritikal yang menjayakan struktur inovatif ini adalah seperti berikut:
(i) Pemegang saham ALR tidak memerlukan sebarang pulangan ekuiti
Seperti yang akan termaktub dalam Perlembagaan ALR, dokumen pembiayaan dan aku janji kepada Kerajaan, pemegang saham ALR tidak berhak untuk menerima sebarang dividen. Sehubungan dengan ini, tidak ada keperluan untuk memanjangkan lagi tempoh konsesi sebaik sahaja kesemua hutang ALR telah dibayar sepenuhnya.
Memandangkan vendor-vendor syarikat konsesi adalah entiti komersial, pertukaran orientasi kepada “tidak berasaskan keuntungan” tidak dapat dilaksanakan di bawah struktur pemilikan yang sedia ada. Justeru, cadangan untuk ALR mengambil alih syarikat konsesi.
(ii) ALR mengurangkan kos modal melalui pembiayaan hutang
Tanpa keperluan untuk membayar dividen kepada pemegang saham, aliran tunai bebas syarikat konsesi (selepas memenuhi keperluan operasi) kini boleh disalurkan sepenuhnya ke arah menyelesaikan obligasi pembiayaan hutang. Memandangkan profil aliran tunai dikhususkan ke arah melunaskan hutang, ALR dijangka akan menerima penarafan kredit yang kukuh, sekaligus membolehkan kami menggunakan pasaran modal bagi membiayai pemerolehan tersebut (termasuk pembayaran balik hutang sedia ada).
Bagi melancarkan urusan kami dalam tujuan penerbitan Sukuk, kami telah melantik konsortium bank-bank yang bereputasi tinggi. Sekali lagi ditegaskan disini, ALR tidak akan meminta bantuan kewangan Kerajaan untuk menjamin Sukuknya.
Ekoran dari tujuan yang disebut di atas dan juga berdasarkan unjuran trafik oleh perunding trafik bebas (dimana ia telah mengambil kira, antara lain, keseluruhan GDP, impak pandemik, pembangunan masa depan serta jalan raya lain dan pengangkutan alternatif), kami menjangkakan bahawa ALR akan dapat mempercepatkan kesemua pembiayaan hutang yang diambil dan memulangkan keempat-empat lebuh raya kepada Kerajaan dalam masa yang bersesuaian.
Komitmen Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Pengarah ALR
Akhir sekali, kami ingin memberi pencerahan mengenai penglibatan kami sebagai pemegang saham dan Pengarah ALR.
Secara peribadi, kami yakin dan percaya dengan merit penstrukturan semula ini, di mana negara dan rakyat akan mendapat manfaat sepertimana yang telah dihuraikan di atas. Kami juga secara sukarela bersetuju untuk berkhidmat di ALR dan bertindak sebagai pengantara sektor swasta bagi memudahkan transaksi-transaksi ini.
Sehubungan ini, kami ingin mengesahkan perkara-perkara berikut:
• kami bebas dan tidak berkait dengan Kerajaan atau pemegang saham syarikat konsesi yang sedia ada;
• kami tidak mewakili atau menjadi penama kepada mana-mana parti politik mahupun sekutunya;
• ALR akan menegakkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat dan integriti, serta menjaga kepentingan pemegang-pemegang Sukuk;
• ALR komited untuk mengekalkan standard perkhidmatan tinggi yang sedia ada, dengan mengutamakan keselamatan pengguna-pengguna lebuh raya;
• ALR akan memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan dan keperluan Lembaga Lebuhraya
Malaysia dan perjanjian konsesi masing-masing;
• sebaik sahaja amanat kami untuk memulangkan konsesi-konsesi tersebut kepada pihak Kerajaan dapat dicapai, sekiranya ada lebihan baki, kami diwajibkan oleh Kerajaan untuk menyalurkan baki tersebut ke arah kos penyelenggaraan lebuh raya-lebuh raya atau penambahbaikkan mobiliti dalam bandar bagi pengguna-pengguna lebuhraya;
• kami tidak berhak untuk menerima sebarang dividen atau pengagihan pemegang saham daripada ALR; Kami, dengan rendah diri, berharap bahawa rekod prestasi kami secara kolektif dalam sektor awam dan swasta akan menjadi saksi terhadap ketulusan dan keikhlasan niat kami bagi memudahkan penstrukturan semula tol untuk manfaat semua pihak berkepentingan yang terlibat.
Untuk dan bagi pihak Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad,
Tan Sri Azlan Mohd Zainol
Datuk Idrose Mohamed
Datuk Ir Soam Heng Choon
Datuk Nirmala Menon
Datuk Mohamed Sharil Tarmizi
Kenyataan Media
Fri Apr 08 2022

Pengambilalihan ini merupakan sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula tol bagi empat lebuh raya tersebut. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Trafik lebuh raya terhenti, beri laluan singa liar melintas
Singa tersebut dilihat menuju ke sebuah kuil yang terletak di seberang jalan berhampiran.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).

Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.

Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."