KUANTAN: Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata, pasaran modal Malaysia turut berkembang dengan jumlah permodalan pasaran berjumlah RM1.79 trilion atau 116 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2021.
Menurutnya, pengembangan berterusan pasaran modal domestik itu turut mewujudkan peluang simpanan alternatif serta instrumen pelaburan lebih meluas untuk segmen runcit yang membolehkan penyertaan orang awam.
"Selaras dengan perkembangan Malaysia ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi, pasaran modal domestik juga harus menggalakkan lebih banyak penyertaan pelabur runcit bagi memangkin pertumbuhan ekonomi dan menyokong pertumbuhan jangka panjang dan mampan negara," katanya.
Beliau berucap pada Karnival Saham Pahang Bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid berkata sejumlah 34 Syarikat Senaraian Awam terbabit dengan aktiviti di Pahang yang melibatkan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM108.5 bilion atau tujuh peratus daripada KDNK.
"Bagi segmen runcit, secara amnya purata nilai dagangan harian (ADV) dalam kalangan pelabur runcit menunjukkkan sedikit penurunan daripada RM1.6 bilion pada 2020 kepada RM1.3 bilion pada 2021 dengan penglibatan Pahang masih di tahap rendah," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Wahid menyifatkan program Karnival Saham Pahang tersebut menjadi sebahagian daripada usaha Bursa Malaysia untuk menyuntik kesedaran masyarakat negeri itu mengenai pelaburan awal, sekali gus meningkatkan bilangan pelabur runcit.
Menurutnya, initiatif utama lain termasuk Bursa Marketplace yang mengetengahkan alat pelaburan utama bagi mempelajari asas-asas pelaburan manakala Bursa Academy iaitu platform e-pembelajaran sehenti menawarkan ilmu mengenai tiga pasaran iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam.
Selain itu, beliau turut mengingatkan mengenai lonjakan skim penipuan pelaburan dan kemunculan individu 'pakar pelaburan' tidak bertauliah berikutan ketidaktentuan pasaran global yang boleh mencetuskan ancaman kewangan kepada pelabur baharu.
"Adalah penting untuk para pelabur mempunyai pengetahuan serta alat pelaburan yang betul bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan tersebut," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Wan Rosdy berharap rakyat Pahang bijak untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat.
"Program pada hari ini amat baik untuk memberi pendedahan pelaburan kepada masyarakat. Apa yang penting adalah mempunyai ilmu untuk melabur sama ada di bursa saham atau (unit amanah) ASB," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berucap pada Karnival Saham Pahang bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang hari ini. - Foto BERNAMA
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
Aliran masuk tunai bersih pasaran ekuiti catat RM6.3 bilion setakat Julai - Abdul Wahid
Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini.