KUALA LUMPUR: Aktiviti memburu saham berharga murah mendorong Bursa Malaysia dibuka dalam zon positif pada pagi urus niaga Khamis.
Pada 9.38 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.55 mata kepada 1,475.10 daripada 1,469.55 pada penutupan urus niaga Rabu.
Pasaran pagi ini memulakan dagangan dengan 2.91 mata lebih tinggi pada 1,472.46.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 273 berbalas 204, manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,440 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 657.43 juta unit bernilai RM208.27 juta.
Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, walaupun terdapat aktiviti memburu saham berharga murah, sentimen keseluruhan masih agak membosankan kerana bursa tempatan sedang mengalami konsolidasi yang sederhana.
"Namun begitu, kami masih berpendapat bahawa ekuiti tempatan sudahpun matang untuk pengumpulan dan indeks dijangka menunjukkan lantunan dalam masa terdekat. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks berada dalam juat 1,465-1,475 hari ini.
"Sementara itu, kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dari Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah merosot teruk dengan minyak mentah Brent lemah menjadi US$78 setong dan ini boleh memberi kesan kepada stok minyak dan gas hari ini," katanya dalam nota hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.76, Public Bank dan TNB menokok tiga sen, masing-masing mencatatkan RM4.31 dan RM9.40, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.72 manakala Digi tidak berubah pada RM3.84 dan Petronas Chemicals susut lima sen menjadi RM8.40.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 37.98 mata kepada 10,600.38, Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 38.33 mata menjadi 10,310.13, dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi 21.82 mata kepada 10,780.56.
Indeks FBM 70 memperoleh 46.49 mata kepada 13,019.12 manakala Indeks ACE FBM mengecil 10.31 mata kepada 5,368.22.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 100.91 mata menjadi 16,421.45, Indeks Perladangan 6.06 mata lebih tinggi pada 6,883.60, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.02 mata kepada 181.40 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.58 mata kepada 778.65.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Pada 9.38 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.55 mata kepada 1,475.10 daripada 1,469.55 pada penutupan urus niaga Rabu. - Gambar hiasan
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Aktiviti buru saham pacu kenaikan FBM KLCI, jejak prestasi serantau dan Wall Street
Pada jam 5 petang, indeks penanda aras itu menokok 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.47.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
Bursa Malaysia bermula lemah di hari pertama dagangan 2025
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,636.91, turun 5.42 mata daripada 1,642.33 ketika ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia menyinar pada 2024, indeks komposit dijangka cecah 1,800 tahun depan
Pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2024.