AirAsia Bhd melantik ikon bola sepak Korea Selatan yang juga bekas bintang Kelab Manchester United, Park Ji-sung, sebagai duta global terbaharunya.
Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan, Tan Sri Tony Fernandes, di sini, hari ini.
Sebagai duta, Park bakal dipaparkan dalam pelbagai kempen akan datang AirAsia selain muncul pada kempen serta acara syarikat itu di serata tempat.
Kerjasama selama setahun itu turut diraikan dengan pelancaran sebuah pesawat Airbus A330 yang memaparkan wajah bintang bola sepak itu.
Pesawat yang memulakan operasinya semalam, akan terbang di serata rangkaian AirAsia X di Malaysia, Korea, Jepun, Australia, China, Taiwan, Sri Lanka serta Arab Saudi.
"Ia satu pengalaman berharga dapat bekerjasama dengan Fernandes. Falsafahnya serta jenama Airasia itu sendiri sememangnya sesuatu yang saya turut kagumi," kata Park pada satu sidang media selepas pengumuman pelantikannya, di sini, hari ini.
Mengulas kerjasama yang turut menyaksikan pembabitannya dalam program memupuk bakat baru di rantau ini, Park berkata walaupun tiada sebarang rancangan khusus mengenainya sekarang, beliau sudah bersedia untuk melakukannya.
"Pada musim panas, ada satu pertandingan bola sepak kanak-kanak disertai anak-anak dari Jepun, Thailand dan Malaysia. Saya yakin acara sama boleh diadakan pada masa depan," katanya.
Park adalah pemain bola sepak pertama Asia memenangi trofi Liga Juara UEFA. Beliau turut muncul pemain pertama bermain dalam pertandingan akhir liga juara berkenaan.
Bakatnya turut diiktiraf bekas Pengurus Kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United, Sir Alex Ferguson. Park mewakili kelab itu pada 2005 hingga 2012, sebelum menyertai pasukan Queens Park Rangers yang dimiliki Fernandes.
Malah, ketika mewakili Manchester United turut menyaksikan Park menjulang trofi Piala Dunia FIFA.
Sementara itu, AirAsia hari ini turut melancarkan promosi terhad tempat duduk percuma bagi semua penerbangan terus dari Korea, tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj bahan api serta bayaran lain yang berkaitan.
Tempahan bagi promosi itu bermula jam 4 petang ini.
Bernama
Wed Dec 10 2014
Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan, Tan Sri Tony Fernandes (kanan). - Foto Bernama
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.