Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd sedang mengkaji kemungkinan kenaikan kadar tambangnya pada masa depan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusinya, Datuk Kamarudin Meranun berkata buat masa ini, syarikat masih dalam perbincangan sama ada terdapat keperluan yang mendesak bagi AirAsia untuk menaikkan kadar tambangnya pada masa depan.
"Kalau ada (kenaikan tambang), ia takkan ketara.
"Buat masa ini, kita tidak tahu secara tepat jumlah kenaikan tambang penerbangan (sekiranya ada) kerana kita masih belum mengetahui jumlah pesawat AirAsia yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKPB ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen 'Derma Dengan Ikhlas' di sini, hari ini.
Pada Selasa, beberapa syarikat penerbangan tempatan mengingatkan bahawa penumpang dijangka perlu membayar lebih 50 peratus untuk kadar tambang udara jika penjarakan sosial dikuatkuasakan dalam pesawat, seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berikutan COVID-19.
Malaysian Airlines Bhd dan Malindo Air bersetuju dengan cadangan itu yang memerlukan penjarakan sosial dalam kalangan penumpang yang akan menaikkan kadar tambang udara sehingga 54 peratus.
Malaysia Airlines berkata ini dapat dilihat di Thailand selepas kerajaannya menetapkan tempat duduk kosong antara penumpang, menaikkan kadar tambang domestik lebih 50 peratus.
"Kami akan terus memacu harga yang dinamik bergantung kepada kapasiti dan permintaan. Promosi akan ditentukan dari semasa ke semasa dan apabila dilaksanakan. Kami menjangka pelanggan akan lebih peka mengenai keselamatan," katanya dalam laporan berita semalam.
Kamarudin berkata kenaikan kadar tambang penerbangan tertakluk kepada kos dan AirAsia akan cuba sedaya-upaya untuk tidak menaikkannya untuk tidak membebankan penumpang.
"Hasrat kita untuk menyambung semula penerbangan bagi memastikan operasi syarikat terus berjalan dan bukan kerana mahu mendapatkan keuntungan, berikutan dalam situasi yang mencabar sekarang, memang sukar untuk syarikat penerbangan membuat keuntungan.
"Namun, asalkan kita dapat membiayai kos-kos pengurusan seperti kos penyelenggaraan dan sebagainya, itu sudah memadai," katanya.
Katanya operasi syarikat penerbangan tertakluk kepada arahan kerajaan dan setiap perancangan yang dirangka perlu mengikut serta selari dengan keputusan dan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan, terutamanya dalam tempoh PKP.
"Oleh itu, apabila kita telah membuat sesuatu perancangan dan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan tidak selari dengan perancangan, kita terpaksa mengubah perancangan tersebut," katanya.
Sementara itu, Kamarudin berkata sebanyak RM50,000 daripada jumlah dana sumbangan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dari pasar raya ST Rosyam Mart dan ia akan diedarkan kepada lebih 1,000 buah keluarga dari pelbagai komuniti termasuk ibu tunggal, pertubuhan bukan kerajaan, masjid dan persatuan kebajikan penduduk.
"Setakat ini, kami telah mengedar bantuan ke lebih 50 buah lokasi dan kami menyedari bahawa terdapat ramai lagi komuniti yang memerlukan bantuan," katanya.
Sehingga kini, beliau berkata kempen 'Derma Dengan Ikhlas' telah berjaya mengutip dana sebanyak RM911,000 melalui inisiatif derma digital awam.
Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedar barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 5,800 buah keluarga di seluruh negara.
IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Islam di seluruh dunia dengan menyediakan akses bagi pelbagai amalan berasaskan keimanan, termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020

Syarikat masih dalam perbincangan sama ada terdapat keperluan yang mendesak bagi AirAsia untuk menaikkan kadar tambangnya pada masa depan. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.