AirAsia akan terus memperluas kedudukannya di China dan pada masa sama meningkatkan kekerapan penerbangan di seluruh negara itu, walaupun janji niaga untuk mewujudkan terminal tambang rendah (LLCT) telah gagal.
Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan itu mungkin mempertimbangkan semula rancangannya untuk mewujudkan LCCT di China apabila tiba masa yang sesuai.
"Kami masih akan mengembangkan pasaran China, namun (akan) membangunkannya tanpa lesen tempatan. Satu-satunya perkara yang dikenakan ke atas kami adalah, AirAsia tidak boleh menawarkan penerbangan domestik
"Kami merupakan peserta yang agak penting di China dan akan kekal sedemikian," katanya kepada pemberita selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara AirAsia Indonesia dan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) di sini, hari ini.
Pada Khamis lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan bahawa perjanjian awal yang ditandatangani tahun lepas untuk usaha sama dengan China Everbright Group dan kerajaan Henan telah luput dan tidak akan dilanjutkan.
Kamarudin berkata, pihaknya tidak berhasrat memperbaharui perjanjian tersebut atas beberapa faktor, antaranya, AirAsia tidak akan memperolehi lesen operasi domestik sedia ada di China memandangkan kerajaan itu tidak lagi mengeluarkannya.
Beliau berkata, AirAsia juga tidak mempunyai syarikat penerbangan yang sesuai bagi usaha sama di sana, sama ada dari segi kedudukan kewangan atau operasi.
"Bagi kami, kecuali diberikan jaminan dapat beroperasi secara cekap, mempunyai persaingan yang adil dan infrastruktur sesuai tersedia, mengapa perlu kami melaksanakannya?
"Ia bukan sekadar memperolehi lesen kerana memastikannya sebagai operasi yang berjaya merupakan perkara muktamad mengenai usaha sama itu," katanya.
Mengenai MoU hari ini, AirAsia Indonesia dan MHTC menjalinkan kerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pelancongan perubatan terbaik kepada rakyat Indonesia, selain mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan.
MHTC akan menawarkan perkhidmatan menguruskan perjalanan pelancongan perubatan, termasuk janji temu doktor dan hospital, serta khidmat pengangkutan dari lapangan terbang bagi pelanggan yang menggunakan AirAsia dari Indonesia ke Pulau Pinang bagi rawatan perubatan.
AirAsia juga akan menawarkan diskaun tambang penerbangan eksklusif kepada pelanggan MHTC dan AirAsia dengan janji temu yang ditetapkan lebih awal.
Pelanggan MHTC turut akan menikmati faedah tambahan di hospital yang mengambil bahagian, termasuk diskaun sehingga 20 peratus ke atas pemeriksaan perubatan dan bil bukan perubatan, serta di kedai makanan dan minuman terpilih, hanya dengan menunjukkan pas masuk mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
KAMARUDIN: Kami masih akan mengembangkan pasaran China, namun (akan) membangunkannya tanpa lesen tempatan. - Gambar fail/BERNAMA
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.