AirAsia yang merupakan pengangkutan tambang rendah terbesar di Asia dijangkakan akan menghentikan kerjasama AirAsia Jepun dengan All Nippon Airways (ANA).

Syarikat penerbangan ini dalam satu kenyataan media berkata ia “tidak akan menolak sebarang pilihan” untuk berjaya di pasaran – termasuk pembubaran kerjasama.

Spekulasi mengenai pembatalan kerjasama antara kedua syarikat penerbangan memuncak semalam selepas jurucakap wanita ANA Megumi Tezuka berkata pengakhiran kepada kerjasama ini merupakan satu pilihan. Bagaimanapun, dia menambah tiada keputusan akhir telah dibuat.

“AirAsia terus bersikap optimis dan komited terhadap Jepun dan melihat potensi untuk syarikat penerbangan tambang rendah untuk berjaya dalam pasaran dan tidak menolak sebarang kebarangkalian untuk melaksanakannya, termasuk pengakhiran kepada kerjasama ini.

“Pihak tersebut sedang mengkaji sebarang kebarangkalian yang ada dan sebarang keputusan bergantung kepada kelulusan korporat ANA dan AirAsia,” kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, saham AirAsia meningkat sebanyak 2 sen atau sebanyak 0.6 peratus kepada RM3.37 untuk setiap saham, dengan lebih 2.7 juta saham diniagakan.

AirAsia Jepun yang ditubuhkan pada Ogos 2011, ialah 67:33 kerjasama antara ANA dan AirAsia.

Tezuka dalam laporan Bloomberg berkata ANA mungkin boleh membeli saham AirAsia Jepun yang dimiliki AirAsia.

Sementara itu, The Wall Street Journal (TWSJ) melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata masalah tersebut bukan berkenaan model perniagaan.

“Masalahnya bukan kerana model tersebut, ia adalah berkenaan pengurusan,” kata Fernandes percaya bahawa AirAsia Jepun akan mendapat prestasi yang baik, tetapi ia “harus dijalankan sebagai syarikat penerbangan kos rendah”.

AirAsia dalam kenyataan hari ini berkata mereka sedang mengalami beberapa halangan mengenai pandangan berbeza dalam pengurusan, yang paling kritikal ialah mengenai cara untuk menjalankan perniagaan kos rendah dan operasi dari Narita.

“Pasukan pengurusan AirAsia Jepun kebanyakannya terdiri daripada kakitangan ANA, tetapi tidak terhad kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan.

“Semenjak pelancarannya pada 2012, AirAsia Japan telah gagal untuk mengesan pelan perniagaan yang dicadangkan kerana ketidakupayaan untuk menguruskan kos tetapi telah memperoleh penerimaan pelanggan yang semakin meningkat sebagai jenama AirAsia mula dikenali di pasaran," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.