AirAsia Bhd memeterai perjanjian awal tidak terikat dengan China Everbright Group, Plato Capital Ltd dan Oxley Capital Ltd untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi penerbangan tambang rendah di China.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata, perjanjian awal itu sah bagi tempoh tidak lebih daripada 12 bulan daripada 25 Sept, 2017, bagi pihak-pihak terbabit untuk membincangkan dan merundingkan perjanjian muktamad bagi cadangan usaha sama itu.
"Perjanjian muktamad itu tertakluk kepada kelulusan daripada jawatankuasa audit dan lembaga pengarah syarikat.
"Perjanjian awal itu tidak terikat secara undang-undang, kecuali bagi peruntukan berkaitan dengan kerahsiaan, publisiti dan eksklusif," kata syarikat itu.
Plato ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan, terlibat terutamanya dalam sektor hospitaliti, pendidikan dan kejuruteraan kejituan, diperbadankan di Singapura dan tersenarai di Singapore Exchange Securities Trading Ltd.
Oxley ialah firma pelaburan swasta inovatif yang mengkhususkan dalam sektor hartanah, pertanian/tenaga alternatif, sumber semulajadi dan pelaburan di seluruh rantau Asia Pasifik.
Pada 14 Mei, 2017, AirAsia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah di China.
MoU itu menggariskan penubuhan syarikat usaha sama yang akan dikenali sebagai AirAsia (China) untuk mengendalikan perniagaan penerbangan kos rendah yang berpangkalan di Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan.
Selain itu, AirAsia (China) juga akan melabur dalam prasarana penerbangan termasuk terminal khusus penerbangan tambang rendah di lapangan terbang Zhengzhou, akademi penerbangan untuk melatih juruterbang, anak kapal dan jurutera dan kemudahan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2017
![AirAsia, 3 pihak meterai perjanjian tubuh syarikat tambang rendah di China AirAsia, 3 pihak meterai perjanjian tubuh syarikat tambang rendah di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505890658_airasia.jpg)
AirAsia Bhd memeterai perjanjian awal tidak terikat dengan China Everbright Group, Plato Capital Ltd dan Oxley Capital Ltd untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi penerbangan tambang rendah di China. -Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15 AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719295090_airasia.jpg)
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.
![AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717841457_TBAIRASIA.jpg)
AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan.
![AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645031312_AirAsia.jpg)
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024
Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 oleh ArlineRatings.com.
![AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715894065_DatukShaharuddinAb.jpg)
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
![AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704983103_Airasia.jpg)
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
![AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682412981_TonyFernandes.jpg)
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
![Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024 Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704718167_TBCaptailA.jpg)
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
![Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704718167_TBCaptailA.jpg)
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
![Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707195152_AirAsia.jpg)
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
![Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667406795_malaysiaairlines.jpg)
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.