KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Abdul Jalil Abdul Rasheed didakwa akan meletakkan jawatan untuk kembali mengejar minatnya dalam bidang pelaburan.
Memetik laporan portal The Edge Market, beberapa sumber berkata, bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu genap setahun menerajui BCorp pada 16 Mac lalu itu sedang mempertimbangkan perkara berkenaan.
Menerusi ciapan terbaharunya di Twitter pada Jumaat, Abdul Jalil berkata, keutamaan dalam hidupnya benar-benar berubah apabila dirinya positif COVID-19 dan menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah tanpa gangguan.
"Anak-anak memberitahu saya mereka suka saya berada di rumah dan saya lebih tenang. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dan terlepas perkara penting dalam hidup.
"Hari ini saya menjemput mereka dari sekolah. Sesuatu yang saya kerap lakukan di Singapura tetapi tidak begitu kerap di sini," ciapnya.
Abdul Jalil sebelum ini menjadi ahli 'bukan keluarga' pertama yang menjalankan empayar perniagaan Tan Sri Vincent Tan selaku pengasas BCorp.
Selepas berkhidmat di BCorp, Abdul Jalil mengemukakan pelan strategik tiga tahun untuk menyusun semula Kumpulan Berjaya kepada lima bidang perniagaan utama, yang terdiri daripada peruncitan, makanan dan minuman, hartanah, hospitaliti dan perkhidmatan termasuk permainan, persekitaran, teknologi digital dan kewangan.
Beliau juga mengumumkan rancangan untuk melupuskan kira-kira RM5 bilion aset bukan teras BCorp dalam tempoh lima tahun akan datang dan mahu mengurangkan separuh hutang sebanyak RM5 bilion dalam tiga tahun.
Kemudian, kumpulan itu mula melupuskan beberapa aset bukan teras termasuk pegangan dalam syarikat bersekutu Razer Fintech Holdings Ltd dan perniagaan pendidikan Berjaya Higher Education Sdn Bhd dan yang terkini berjaya memiliki Kolej Universiti Berjaya.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember lalu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih RM41.7 juta, berbanding kerugian bersih RM108.66 juta dalam tempoh yang sama setahun sebelumnya dengan pendapatan RM3.44 bilion iaitu turun 11.4 peratus daripada RM3.88 bilion sebelumnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Abdul Jalil didakwa akan meletakkan jawatan untuk kembali mengejar minatnya dalam bidang pelaburan. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Abdul Jalil Rasheed letak jawatan CEO Berjaya Corp
Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp serta semua jawatan lain dalam pelbagai lembaga syarikat yang berkaitan dengan BCorp berkuat kuasa 31 Mac 2022.

Abdul Jalil didakwa bakal letak jawatan CEO BCorp
Abdul Jalil berkata, keutamaan dalam hidupnya benar-benar berubah apabila dirinya positif COVID-19 dan menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah tanpa gangguan.

Berjaya Corp kini pengendali rangkaian hotel terbesar di Iceland - Jalil
Berjaya Land membeli 75% kepentingan dalam Icelandair Hotels bernilai AS$53.63 juta pada 2019.

Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia
Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.

Pengerusi Eksekutif BCorp Vincent Tan letak jawatan hari ini
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional.

BCorp lantik Jalil Rasheed sebagai CEO Kumpulan baharu
Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melantik Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Gangguan panggilan, MCMC nasihat bekas CEO PNB buat laporan
MCMC pandang serius perkara berkenaan serta dakwaan berlaku penggodaman akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn milik Abdul Jalil.