KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini, dan akan kekal sebagai ahli lembaga pengarah sebagai pengerusi bukan eksekutif.
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Jalil Abdul Rasheed telah diberikan mandat untuk mengubah kumpulan itu menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi dengan memperkemaskan pelbagai kumpulan perniagaan, meningkatkan nilai pemegang saham, mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta meningkatkan tadbir urus korporat dan ketelusan.
Dalam satu kenyataan, Tan menzahirkan keyakinan terhadap Jalil dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan untuk menerajui BCorp Group, dan kumpulan itu berada pada pihak yang berwibawa dan mampu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.
“Ia juga penting memberikan ruang dan kebebasan kepada Jalil untuk menerajui dengan caranya yang tersendiri.
“Saya kini boleh berundur daripada penglibatan seharian yang aktif dalam perniagaan kumpulan ini dan menumpukan lebih banyak masa dan tenaga dalam inisiatif kebajikan dan kepentingan lain,” katanya.
Sementara itu Jalil, yang akan memanfaatkan tiga bulan pertama untuk melakukan tinjauan strategik ke atas BCorp Group berkata beliau kini sedang bekerjasama dengan Robin Tan dan lembaga pengarah BCorp bagi memulakan proses peralihan dan membawa visi masa depan Vincent Tan ke mercu kejayaan. – Bernama
Bernama
Mon Apr 05 2021

Tan menzahirkan keyakinan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Jalil Abdul Rasheed dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan untuk menerajui BCorp Group. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pengerusi Eksekutif BCorp Vincent Tan letak jawatan hari ini
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional.