KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan sejumlah 7,266 permohonan melibatkan nilai pinjaman RM1.366 bilion menerusi Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), setakat 19 Mac, 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi inisiatif itu yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.
Beliau berkata setakat 26 Mac, 2021, dana Bumiputera Relief Financing (BRF) yang diperkenalkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), telah disalurkan kepada 749 PKS melibatkan RM226.8 juta berbanding 675 PKS dengan dana sebanyak RM195.2 juta pada minggu sebelumnya.
"Sejumlah RM11.82 bilion di bawah Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan dan akan dimanfaatkan oleh 24,921 PKS.
"Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Agromakanan (AF)," katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-48, pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.
Beliau berkata PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imsme.com.my yang boleh membantu membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS.
Sementara itu, setakat 26 Mac, 2021 Pembiayaan Sektor Pelancongan Penjana telah meluluskan 308 permohonan daripada jumlah keseluruhan 626 permohonan, dengan nilai pembiayaan sebanyak RM61.9 juta, katanya.
Beliau berkata bagi Sokongan Penggunaan Teknikal dan Digital PKS dan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC), sebanyak RM55.5 juta disalurkan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada 12,476 perniagaan langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 26 Mac, 2021.
Tengku Zafrul berkata menerusi inisiatif CENDANA pula, sebanyak RM2.43 juta telah disalurkan kepada 441 penerima terdiri daripada kalangan seniman, kolektif dan organisasi terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia.
"Para penggiat industri kreatif disaran untuk menggunakan peluang yang disediakan ini untuk menghasilkan karya mereka. Semua pemain industri terlibat boleh memohon bantuan dengan agensi berkaitan dengan melayari www.mycreative.com.my dan www.cendana.com.my," katanya.
Beliau turut meminta peniaga kecil dan usahawan mikro supaya memohon Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 April, 2021.
Pada 17 Mac, 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan GKP 3.0 di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM1,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021
Tengku Zafrul berkata kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi inisiatif itu yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengguna dengan skor kredit tinggi dijamin kelulusan pinjaman 5 kali ganda - Kajian CTOS
Menggunakan sampel lebih 250,000 permohonan, kajian ini menyoroti jurang kadar kelulusan pinjaman antara pelbagai kategori skor CTOS.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry
Semua peminjam dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun sudah mempunyai kerjaya masing-masing.
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
CIMB sasar jumlah pinjaman tumbuh 5-7 peratus pada tahun ini
Bagi tempoh sama, nisbah kos kepada pendapatan pula di bawah 46.9 peratus manakala liputan kerugian pinjaman antara 30 dan 40 mata asas.
Presiden Joe Biden batal hutang pelajar
Program itu antara lain merupakan janji beliau untuk menghapuskan hutang pinjaman para pelajar sebelum ini.