KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) menjelaskan bahawa perbincangan telah dan sedang berlangsung dengan syarikat telekomunikasi berhubung pelancaran 5G negara, di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menurut DNB dalam satu kenyataan pada Sabtu, maklum balas syarikat telekomunikasi, terutamanya kesediaan mereka telah diambil kira dalam rancangan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara.
Penyedia tunggal perkhidmatan borong 5G negara itu menyatakan bahawa syarikat telah memasukkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mengenai bidang utama berkaitan reka bentuk dan pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5Gnya.
"Ini adalah proses berterusan antara DNB, syarikat telekomunikasi dan pengawal selia kami (MCMC) dengan kumpulan kerja fokus berbeza untuk trek komersial, teknologi dan keselamatan siber. Selain itu, rangkaian 5G DNB mematuhi keperluan 3GPP, yang menetapkan standard untuk rangkaian 5G di seluruh dunia," kata syarikat itu.
Sementara itu, dari segi keselamatan, DNB menggunakan pendekatan inisiatif strategik dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan operasi.
Kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan yang dilaporkan dalam media tempatan, memetik sumber industri, bahawa tiada syarikat telekomunikasi telah menandatangani sebarang perjanjian dengan DNB untuk akses borong 5G kerana syarikat itu masih belum memenuhi semua keperluan teknikal dan keselamatan yang diminta oleh syarikat telekomunikasi.
BACA: Perbincangan rangkaian 5G masih berjalan, tiada penyertaan setakat ini kerana RAO belum diterbitkan - DNB
BACA: Teknologi 5G: Kerajaan akan pantau harga perkhidmatan, rakyat tidak akan terbeban - Annuar
DNB juga menjelaskan bahawa draf Tawaran Akses Rujukan (RAO) untuk perkhidmatan borong 5G telah dikemukakan kepada MCMC dan syarikat telekomunikasi September lepas bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan DNB dan memberikan maklum balas.
RAO adalah syarat komersial dan bukan komersial standard bagi perkhidmatan borong 5G akan disediakan secara telus dan tanpa diskriminasi kepada mana-mana entiti berlesen yang memerlukan akses kepada perkhidmatan 5G.
Menurut kenyataan itu, RAO akan menjadi asas bagi DNB untuk memeterai perjanjian komersial yang muktamad dan DNB menjangka dapat memuktamadkan RAOnya pada akhir November selepas kelulusan MCMC.
"Selepas ini, DNB akan dapat memuktamadkan rundingan komersial dengan syarikat telekomunikasi. DNB telah memberikan penerangan perkhidmatan yang jelas kepada industri mengenai penyediaan akses borong untuk jalur lebar mudah alih untuk 5G, juga dikenali sebagai Jalur Lebar Mudah Alih Dipertingkat (eMBB)," katanya.
Ini adalah perkhidmatan borong utama yang pertama yang DNB akan tawarkan kepada syarikat telekomunikasi, tersedia mulai Disember 2021 manakala penerangan perkhidmatan eMBB yang komprehensif adalah sebahagian daripada dokumen RAO, yang dikongsi dengan industri pada Sept lepas.
DNB mengulangi yang syarikat komited untuk memastikan harga borong 5G mampu milik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Dari segi keselamatan, DNB menggunakan pendekatan inisiatif strategik dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan operasi.
Niaga SPOTLIGHT: Costing The Silent Threat of Obesity
Non-communicable diseases (NCDs) in Malaysia are a growing burden on the health system, with a number of associated health issues and economic costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.
Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.
Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.