KUALA LUMPUR: Perwakilan wanita dalam lembaga pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama Malaysia kini sebanyak 25.8 peratus, menunjukkan lonjakan 82 peratus daripada angka pada 2015, kata Pengerusi Pengasas 30% Club Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia itu berkata golongan wanita juga menduduki 17.2 peratus kerusi lembaga pengarah dalam kesemua PLC di negara ini.
"Pada 2015, hanya 14 peratus pengarah wanita dalam lembaga pengarah di 100 PLC utama di Malaysia dan 10.7 peratus pengarah wanita bagi keseluruhan PLC, justeru, pencapaian sekarang adalah usaha kita selama enam tahun," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada perbincangan panel secara maya bertajuk 'Men-Who-Pause' anjuran 30% Club Malaysia pada Rabu.
Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama di rantau ini yang menetapkan sasaran kepelbagaian gender bagi lembaga pengarah PLC pada 2012 namun ada syarikat dan PLC yang sama sekali tidak memulakan sebarang usaha untuk mengubahnya meskipun wujud gesaan daripada pihak pengawal selia dan pelabur.
Pada masa ini, sebanyak 255 PLC masih mempunyai ahli lembaga pengarah yang kesemuanya lelaki, iaitu lebih satu per empat daripada keseluruhan syarikat tersenarai dengan empat daripadanya merupakan 100 PLC utama, katanya.
Pada perbincangan panel itu, Pengarah Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), Datuk Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan berkata lembaga pengarah dan jabatan modal insan perlu bekerjasama mendorong serta menggalakkan wanita untuk meningkatkan kedudukan dalam korporat.
Beliau yang juga Mentor 30% Club Malaysia berkata penetapan 30 peratus eksekutif wanita dalam lembaga pengarah bertujuan memberi peluang saksama kepada wanita untuk mengatasi halangan kenaikan pangkat ke peringkat pengurusan atasan.
"Wanita juga perlu berusaha untuk kenaikan pangkat dan tidak mudah mengalah sepanjang melakukan usaha tersebut. Sentiasa tampil ke hadapan dalam kehidupan ini serta dapatkanlah bimbingan dan sokongan penuh supaya anda boleh dibimbing secara lebih baik," katanya.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat itu telah memulakan perancangan ekosistem yang membantu wanita meneruskan kemajuan melangkaui peringkat pengurusan yang lazimnya dikuasai oleh lelaki, hampir teknikal serta wujud kecenderungan atau berat sebelah dari segi operasi.
"Oleh itu, intervensi aktif dilakukan secara menyeluruh bagi menangani mereka yang mempunyai kecenderungan tersebut dalam visi ini, menggunakan kaedah bukan konvensional serta meletakkan mereka dalam situasi untuk mereka memainkan pelbagai peranan yang terbukti membuahkan hasil.
"Kami juga yakin dengan aspek kepelbagaian ini ketika kami dalam proses untuk berganjak ke arah industri tenaga yang seharusnya lebih berteraskan pelanggan dan memerlukan persekitaran kerja lebih kreatif serta progresif," katanya.
Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 27 peratus daripada 48,000 tenaga kerja Petronas adalah wanita dan 19 peratus daripada jawatan kepimpinan kanan, naib presiden dan selanjutnya juga diwakili golongan itu.
Sementara itu, CEO Digi.Com Bhd, Albern Murty pula berkata, pada masa ini golongan wanita membentuk lebih 40 peratus daripada ahli lembaga pengarah syarikat itu.
"Apabila menyentuh usaha mendapatkan calon tepat bagi jawatan atau peranan tertentu, cara terbaik adalah dengan melihat individu itu dari segi kebolehannya, bukannya jantina," katanya.
Pengurus Besar merangkap CEO Kumpulan HSBC Bank Malaysia Bhd, Stuart Milne berkata wanita mewakili 33 peratus daripada jawatan peringkat eksekutif kanan syarikat tersebut dan merupakan 54 peratus di peringkat pertengahan pengurusan.
"Kami tidak menetapkan sebarang sasaran gender di peringkat jawatankuasa eksekutif kerana hanya mahukan mereka yang terbaik bagi mengisi jawatan tersebut," katanya.
Malah, beliau menyifatkan wanita di Malaysia berada pada kedudukan 'yang amat kukuh' dalam kedudukan pengurusan kanan sepertimana mereka di China, Hong Kong dan Taiwan.
30% Club merupakan kempen global yang diterajui oleh pengerusi dan CEO bagi meningkatkan kepelbagaian gender di peringkat pembuat keputusan seperti lembaga pengarah dan pengurusan kanan dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita menduduki kerusi lembaga pengarah dan eksekutif kanan peringkat tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
![25.8 peratus wanita kini dalam lembaga pengarah 100 PLC utama - 30% Club Malaysia 25.8 peratus wanita kini dalam lembaga pengarah 100 PLC utama - 30% Club Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/61489112404_WOMENWORK.jpg)
Wanita juga perlu berusaha untuk kenaikan pangkat dan tidak mudah mengalah sepanjang melakukan usaha tersebut. - Gambar hiasan
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.
![Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
![Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737600135_tbNairobiFreshHum.jpg)
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
![Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
![Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696077703_SaraswathyKandasamy.jpg)
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
![Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733808535_TBWOMANVOLUNTEER.jpg)
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
![OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651918287_TBtaliban.jpg)
OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.
![Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/61473162133_BabyScan.jpg)
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
![Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731596473_TeoNieChing.jpg)
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731127298_TBAzliMohdNoor.jpg)
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.