Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengulangi pendirian bahawa ia tidak pernah memasukkan apa-apa dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia turut mempersoalkan serangan terbaru dari Wall Street Journal yang telah dibuat beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan ia berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian untuk Edra Tenaga Global Berhad.

"Berdasarkan siasatan yang menyeluruh, ini telah disokong oleh pihak-pihak berkuasa, yang telah mengesahkan bahawa dana ini datang dari Arab Saudi.

"Walaupun begitu, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan sama, tanpa memberikan apa-apa bukti kukuh untuk mewajarkan tuntutan-tuntutan ini," kata 1MDB dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, 1MDB turut mengesahkan hasrat untuk membayar balik hutang sebanyak RM6 bilion pada minggu-minggu akan datang, di mana semua hutang jangka pendek yang dikeluarkan daripada kunci kira-kira syarikat nanti.

"Tindakan ini membuktikan kejayaan besar 1MDB telah dibuat dengan pelan rasionalisasi, dan kami kekal komited untuk memastikan tamatnya proses ini, walaupun serangan yang berulang-ulang terhadap syarikat itu," jelas 1MDB.