1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini memaklumkan sebuah anak syarikatnya, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, telah telah berjaya melunaskan sepenuhnya baki RM3 bilion pinjaman bersindiketnya yang berjumlah RM3.5 bilion.

Kemudahan itu ditandatangani pada Mei 2014 bersama sekumpulan bank yang diterajui Maybank.

"Pinjaman itu sudah diselesaikan sepenuhnya, malah lebih awal daripada tarikh matang asal iaitu Mei 2024 yang menjadi sebahagian kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB," kata 1MDB dalam satu kenyataan, hari ini.